https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1704701793.jpg

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN RESTU ILMU CALON SMA & SPM 2023

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐒𝐓𝐔 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐌𝐀 & 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟑.
 
ALHAMDULILLAH 5.1.2024 (JUMAAT) TELAH SELESAI MAJLIS BERSAMA CALON SMA DAN SPM 2023 DAPAT DIADAKAN PADA PAGI INI DI DATARAN ILMU SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI. 
 
MAJLIS TURUT DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN WAKIL ALP, TUAN HAJI MUSTAPA BIN MAT, PUAN HJH RAIHANA BINTI AHMAD DAN YDP PIBG, UST JALIL ARMAWAN YANG JUGA SELAKU PENYAMPAI MOTIVASI KEPADA PELAJAR PADA PAGI INI.🫶
PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN DAN MENDOAKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN BITTAUFIQ WANNAJAH KEPADA SEMUA CALON SMA DAN SPM 2023.
 
SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT
AMEEN YA RABBAL 'ALAMIN.
 
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1704356521.jpg

INFAQ JUMAAT

✨_*INFAQ JUMAAT_*✨
 
IBNU QAYYUM BERKATA TENTANG KEUTAMAAN HARI JUMAAT :
“ SEDEKAH PADA HARI JUMAAT LEBIH UTAMA BERBANDING DARIPADA SEDEKAH PADA 6 HARI LAINNYA, SEUMPAMA SEDEKAH PADA BULAN RAMADAN BERBANDING BULAN-BULAN LAINNYA ”
ALHAMDULILLAH WALAUPUN TAK BANYAK BOLEH JUGAK KONGSI DENGAN ORANG LAIN 🤗
 
*BANK ISLAM*
12010010058602
 
TABUNG AM SEKOLAH ISLAM AL FARABI
REFERENCE : INFAQJUMAAT
 
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1702627813.jpg

TAHNIAH & SYABAS BUAT SEMUA CALON PSRA 2023

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
🔰 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 !
 
PIHAK AHLI LEMBAGA PENGURUS (ALP) DAN PENGURUSAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI (SIAF) MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA CALON PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) SRIIF SESI 2023 YANG MENERIMA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG CEMERLANG. BAGI YANG MEMPEROLEH KEPUTUSAN KURANG MEMUASKAN, TERUSKAN BERUSAHA DAN SEMOGA KEJAYAAN SAMA-SAMA AKAN MENJADI MILIK KALIAN.
TAHNIAH ATAS SEGALA USAHA DAN KERINGAT YANG TELAH DICURAHKAN DARIPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG HINGGA SAMPAI KE TAHAP INI. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.
 
𝑀𝑎𝑛 𝐽𝑎𝑑𝑑𝑎 𝑊𝑎𝑗𝑎𝑑𝑎.
 
IKHLAS DARIPADA,
AHLI LEMBAGA PENGURUS (ALP) DAN PENTADBIRAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1702602502.jpg

LAWATAN SRITI SELANGOR KE SEKOLAH ISLAM AL FARABI

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈🔰
 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
 
ALHAMDULILLAH. PADA HARI INI, BERSAMAAN 13 DISEMBER 2023 (RABU), SEKOLAH ISLAM AL FARABI MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧/𝐌𝐮𝐚𝐥𝐥𝐢𝐦 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚𝐧 (𝐒𝐑𝐊) 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 BAGI LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN.🤝
 
RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK SRITI NEGERI SELANGOR KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MELAWAT KE SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL-FARABI, SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-FARABI, TASKA, DAN AL FARABI MART.👍
 
SEMOGA LAWATAN YANG BERMAKNA INI DAPAT MENJALIN SERTA MEMPERKUKUH HUBUNGAN KERJASAMA YANG BAIK ANTARA DUA PIHAK DEMI MENINGKATKAN TAHAP PENCAPAIAN INSTITUSI PENDIDIKAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI. 💚💛
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1702602357.jpg

KURSUS PROFESIONALISME PERGURUAN SIRI 1

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐔𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏🔰
 
ALHAMDULILLAH PADA 9.12.2023 (SABTU) YANG LEPAS TELAH BERLANGSUNG 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐦𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐮𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐫𝐢 𝟏, BAGI SEMUA GURU AL-FARABI. KURSUS INI DIANJURKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN AL-FARABI.
 
KURSUS TERSEBUT BERTEMPAT DI MENARA BSN SHAH ALAM. DI ANTARA PENGISIAN KURSUS PADA KALI INI IALAH TEKNIK PENGAJARAN BERASASKAN PENDIDIKAN ABAD KE-21 SERTA PERKONGSIAN MENGENAI PSIKOLOGI MURID.😍
 
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) CAWANGAN SELANGOR ATAS KESUDIAN MENYEDIAKAN FASILITI YANG SELESA UNTUK GURU-GURU BERKURSUS DI MENARA BSN.
 
MOGA DAPAT DIMANFAATKAN SEGALA PERKONGSIAN YANG DIBERIKAN DAN MOHON MAAF JIKA TERDAPAT SEBARANG KEKURANGAN DALAM KURSUS GURU SIRI 1 INI.❤️
 
SEMOGA GURU-GURU DAPAT MELAHIRKAN ANAK DIDIK YANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT.🤲
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1701652183.jpg

PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 BAGI TAHUN 2024 SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI KINI DI BUKA

🔰 PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU (TING 1 & TING 4) 2024 SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-FARABI KINI DIBUKA 📢
 
SEK. MEN. ISLAM AL-FARABI (SMIF) ADALAH SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA SWASTA YANG BERDAFTAR DI BAWAH JAIS YANG INGIN MELAHIRKAN GENERASI MUSLIM YANG CEMERLANG.
 
SYARAT KELAYAKAN:
 
• BOLEH MEMBACA AL-QURAN DENGAN BAIK.
• LULUS BAHASA ARAB : UPKK/ PSRA
• LULUS UJIAN BERTULIS BAHASA ARAB (TING. 4)
• SEDIA DIDIDIK DAN DITARBIYAH.
• BERAKHLAK BAIK.
• LULUS TEMUDUGA.
 
***BEKAS PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DIGALAKKAN MEMOHON KE TINGKATAN 4
 
PERMOHONAN HENDAKLAH DIPOHON SECARA "ONLINE" MENERUSI WEBSITE SEKOLAH [E-DAFTAR]:
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI/HUBUNGI:
 
WEBSITE SEKOLAH : WWW.ALFARABI.EDU.MY
FB SEKOLAH : SEKOLAH ISLAM AL-FARABI KLANG
NO. TELEFON : 03-33814560
 
🔴 HANYA WARGANEGARA SAHAJA YANG DITERIMA 🔴
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1701651648.jpg

MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SAFAR SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI BAGI TAHUN 2023

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐅𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 🔰
 
27.11.2023 (ISNIN)
ALHAMDULILLAH 27.11.2023 (ISNIN) KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI (SAFAR SRIIF) TELAH MELABUHKAN TIRAI DENGAN BERTEMAKAN REDUCE-REUSE-RECYLE. ❤️
 
KEJOHANAN INI BERLANGSUNG SELAMA SATU MINGGU DENGAN 50 ACARA DIPERTANDINGKAN TERMASUK ACARA GURU. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN TERMASUKLAH SUKANEKA, BADMINTON BAGI ACARA GURU🏸, MEMANAH BAGI ACARA GURU🏹, LARIAN 100 METER, BOLA JARING, BOLA SEPAK DAN LAIN-LAIN. ⚽️
 
SEKALUNG TAHNIAH BUAT PARA PESERTA YANG BERHEMPAS-PULAS DAN MEMERAH KERINGAT DI DALAM SETIAP ACARA YANG DIPERTANDINGKAN PADA TAHUN INI.🤝
 
PADA TAHUN INI RUMAH SUKAN AHMAR TELAH DINOBATKAN SELAKU JUARA KESELURUHAN SAFAR SRIIF 2023🏆 DENGAN MENGUTIP 18 PINGAT EMAS🥇 , 13 PINGAT PERAK🥈 DAN 15 PINGAT GANGSA🥉 .
 
BEBERAPA ANUGERAH KHAS TURUT DIBERIKAN KEPADA PARA PELAJAR DAN PASUKAN YANG TERLIBAT. ANUGERAH TERSEBUT ADALAH :
1)OLAHRAGAWAN HARAPAN TAHUN 5 – MUHAMMAD FIRAS HAKIMI BIN SHARIPULHADI (AKHMAR) KUTIPAN PINGAT 4 EMAS DAN 1 GANGSA.
2)OLAHRAGAWATI HARAPAN TAHUN 5 – FITTIATUN NAWWAR IZZAH BINTI MOHD PATHAN (ASFAR) KUTIPAN PINGAT 3 EMAS DAN 1 GANGSA.
3) OLAHRAGAWAN - MUHAMMAD ADAM QAYYUM BIN MOHD AZMI (ASFAR) KUTIPAN PINGAT 3 EMAS, 2 PERAK, DAN 1 GANGSA.
4) OLAHRAGAWATI – NUR FAIZURA AMIRA BINTI MOHD FARID (ASFAR) KUTIPAN 3 EMAS.
 
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN BUAT BARISAN ALP, AHLI JAWATANKUASA PIBG, PENTADBIRAN SEKOLAH, PARA ASATIZAH SERTA PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH MENJAYAKAN PROGRAM INI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. 🫰
 
TIDAK LUPA JUGA PENGHARGAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN YB DATO ABDUL RASHID TURUT HADIR BERSAMA WARGA AL FARABI BAGI MEMERIAHKAN LAGI SAFAR SRIIF 2023.😍
 
SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KEKURANGAN DAN KELEMAHAN DI DALAM PENGANJURAN SAFAR SRIIF PADA TAHUN INI, PIHAK SEKOLAH MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN DAN AKAN DIPERBAIKI DENGAN LEBIH BAIK PADA MASA AKAN DATANG. 👍
 
TERIMA KASIH SEMUA 😁
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. 🇲🇾
LAGI

Page 9 of 25