https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1715662753.jpg

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH ISLAM AL FARABI TAHUN 2024

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
 
11.5.2024 (SABTU)
 
ALHAMDULLILAH SELESAI KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH ISLAM AL FARABI BAGI TAHUN 2024. KEJOHANAN MERENTAS DESA INI DISERTAI OLEH SEMUA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI (SMIF) DAN MURID TAHUN 5 DAN 6 SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI (SRIIF).
 
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG DAN PESERTA YANG MENGERAH TENAGA SEHINGGA GARISAN PENAMAT.
 
PEMENANG KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH ISLAM AL FARABI PADA TAHUN 2024 INI DIMENANGI OLEH AHMAR (RUMAH MERAH) TAHNIAH DIUCAPKAN.
 
TIDAK LUPA JUGA PENGHARGAAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN ALP,PIBG DAN IBU BAPA YANG TURUT HADIR MEMBERI SOKONGAN KEPADA PESERTA-PESERTA LARIAN MERENTAS DESA.
 
TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA BALAI POLIS TRAFIK KLANG SELATAN DAN EN FIRDAUS BIN MOHD BOSTAMMI (SUKARELAWAN BOMBA RANTAU PANJANG) ATAS MENGAWAL LALU LINTAS DENGAN LANCAR.
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1715648253.jpg

MAJLIS SAMBUTAN 3H KALI KE-3 2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝟑𝐇 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟑 𝟐𝟎𝟐𝟒
 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
 
PADA TARIKH 4 MEI 2024 BERSAMAAN 25 SYAWAL 1445H TELAH BERLANGSUNGNYA MAJLIS SAMBUTAN 3H IAITU SAMBUTAN HARI GURU, HARI RAYA AIDILFITRI, DAN HARI PEKERJA TAHUN 2024 YANG BERTEMPAT DI HADIQOTUL JANNAH BALLROOM.
 
WALAUPUN PADA TAHUN INI DISAMBUT DENGAN SECARA SEDERHANA, ALHAMDULLILAH AKHIRNYA DAPAT DILANGSUNGKAN JUGA DENGAN GILANG-GEMILANG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGURUS (ALP),AJK PIBG, GURU-GURU, TASKA, DAN STAF-STAF SIAF.
 
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIBG, STAF PENTADBIRAN DAN GURU-GURU YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT.
 
TIDAK LUPA JUGA PENGHARGAAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN PENUH BAGI MENJAYAKAN MAJLIS 3H
 
ANTARANYA:
-MASJID NURUL AMIN, KAMPUNG DELEK.
-MASJID DARUL MUTTAQIN SUNGAI UDANG.
-AZFA REDHA ENTERPRISE.
-E EYES DIGITAL SYSTEM.
-MUSLIMAT PENGAJIAN SURAU HJ ABBAS.
-DHAKA CORPORATION SDN BHD
-ROSLI ZAI ENTERPRISE.
-MASYARAKAT UMUM.
 
SEKIAN,
TERIMA KASIH.
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1715648001jpeg

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PRA TAHFIZ AIDILFITRI 2024

𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒
 
2 MEI 2024 (KHAMIS) ALHAMDULILLAH. MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PRA TAHFIZ AL FARABI BERJALAN DENGAN BAIK DAN LANCAR. PELBAGAI ALTIVITI SERTA ANEKA JUADAH DISEDIAKAN UNTUK MERAIKAN PARA PELAJAR.
 
MAJLIS YANG BERMULA PADA JAM 3.40 PETANG DAN BERAKHIR PADA JAM 6.10 PETANG BERLANGSUNG DENGAN PENUH SUASANA CERIA DAN GEMBIRA.
 
TERIMA KASIH BANYAK KEPADA SEMUA PELAJAR DAN GURU-GURU SERTA TIDAK LUPA JUGA IBU BAPA YANG SUDI BERKONGSI MAKANAN BERSAMA KAMI DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG. HANYA ALLAH JUALAH YANG MAMPU MEMBALASNYA. EID MUBADAK !
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1714364661.jpg

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈
 
PADA HARI INI JUMAAT 26.4.2024 BERSAMAAN 17 SYAWAL 1445H TELAH BERLANGSUNGNYA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-FARABI (SMIF).
 
KEMERIAHAN HARI RAYA AIDILFITRI MASIH LAGI TERASA DI SMIF, DENGAN PELBAGAI PERTANDINGAN YANG MENARIK ANTARANYA KUIZ RAYA, PERTANDINGAN LAGU RAYA SETIAP KELAS, PERTANDINGAN ANYAM KETUPAT, PERTANDINGAN SAMPIN RAYA, DAN PERTANDINGAN VIDEO MUZIKAL RAYA.
 
MAJLIS BERTAMBAH MERIAH DENGAN KUNJUNGAN DARIPADA WAKIL ALP, WAKIL GURU-GURU SRIIF SERTA PARA PENGASUH DAN ANAK-ANAK NURSERI.
 
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA GURU-GURU DAN IBU BAPA YANG BERTUNGKUS-LUMUS DALAM MENJAYAKAN SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH DENGAN MENYEDIAKAN JUADAH YANG ENAK DAN PAKAIAN YANG CANTIK BUAT ANAK-ANAK AL FARABI.
 
MOGA DENGAN SAMBUTAN SEPERTI INI DAPAT MENGERATKAN LAGI UKHUWWAH DI ANTARA KITA SEMUA.
 
"MEMBENTUK GENERASI MUSLIM GEMILANG"
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1714105983jpeg

PENDAFTARAN QURBAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI KINI DIBUKA

PENDAFTARAN QURBAN KINI DIBUKA 

JOM LAKSANAKAN IBADAH QORBAN DI SEKOLAH ISLAM AL FARABI 

SEMPENA AIDILADHA YANG AKAN TIBA, SEKOLAH ISLAM AL FARABI DENGAN BERBESAR HATI MENJEMPUT SELURUH WARGA AL FARABI DAN ORANG RAMAI YANG INGIN MENJALANKAN IBADAH KORBAN PADA TAHUN INI UNTUK MENDAFTAR DI SEKOLAH ISLAM AL FARABI.

LEMBU (1 BAHAGIAN) = RM850.00

TARIKH TUTUP : 10 JUN 2024 (BERSAMA BAYARAN)

TARIKH SEMBELIHAN : 19 JUN 2024 (HARI TASYRIK KE-3)

FIRMAN ALLAH SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
MAKSUDNYA: OLEH ITU, KERJAKANLAH SEMBAHYANG KERANA TUHANMU SEMATA-MATA, DAN SEMBELIHLAH KORBAN (SEBAGAI BERSYUKUR).
(SURAH AL-KAUTHAR 108: 2)

DAFTAR SEGERA SEBELUM SLOT PENUH 


WWW.WASAP.MY/60123099120/KORBANALFARABI2024 
WWW.WASAP.MY/60133318446/KORBANALFARABI2024 
WWW.WASAP.MY/60196190289/KORBANALFARABI2024 

ANJURAN: SEKOLAH ISLAM AL FARABI BERSAMA PIBG SEKOLAH ISLAM AL FARABI

LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1713919321.jpg

KEMPEN INFAQ 1 HARI RM 10

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 : 𝐑𝐌𝟏𝟎
 
HADIS DARIPADA MUAZ BIN JABAL R.A. BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA:
‎والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
YANG BERMAKSUD: “SEDEKAH DAPAT MENGHAPUS DOSA SEBAGAIMANA AIR MEMADAMKAN API.”
(RIWAYAT AL-TIRMIZI)
 
1. PIHAK SEKOLAH DALAM PERANCANGAN UNTUK MENAIKTARAF DATARAN BERBUMBUNG DI SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI BAGI KEGUNAAN PERHIMPUNAN DAN AKTIVITI RIADAH PELAJAR SRIIF.
2. DENGAN SUKACITANYA KAMI INGIN MEMPELAWA TUAN/PUAN UNTUK BERINFAQ KE SEKOLAH ISLAM AL FARABI DI HARI YANG PENUH BAROKAH INI.
 
* SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MENGIKUT LOT YANG BERBAKI :-
RM 10 : 1 LOT
MEMERLUKAN LAGI 2,212 LOT SAHAJA UNTUK DIPENUHI
 RM 50 SUDAH PENUH !!!
 RM 100 SUDAH PENUH !!!
- ANGGARAN KESELURUHAN ADALAH
3850 LOT BERSAMAAN DENGAN
RM 90,000.00
 
3. SUMBANGAN TUAN/PUAN BOLEH DIMASUKAN KE AKAUN BERIKUT :
BANK : BANK ISLAM
NO AKAUN : 12010010056111 
NAMA : PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI 
REFERENCE : DATARAN SRIIF
 
4. SEMOGA SUMBANGAN IKHLAS TUAN/PUAN AKAN DIBERI GANJARAN KEBAIKAN OLEH ALLAH SWT. JAZAKALLAHU KHAIRAN.
SEKIAN. TERIMA KASIH
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1713846111.jpg

TAHNIAH & SYABAS CALON UPKK SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI 2023

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐔𝐏𝐊𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑
 
 
PIHAK ALP, PIBG & PENTADBIRAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI (SIAF) MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA CALON UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) SESI 2023 YANG TELAH MENERIMA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG CEMERLANG.
 
TAHNIAH ATAS SEGALA USAHA YANG DICURAHKAN HINGGA SAMPAI KE TAHAP INI.
 
KEPADA PELAJAR, IBU BAPA DAN WARGA PENDIDIK, KEPUTUSAN PADA HARI INI HARUSLAH DITERIMA DENGAN PENUH RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT.
 
BAGI YANG MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG KURANG MEMUASKAN JANGAN PULA BERASA TERLALU KECEWA. JADIKANLAH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN INI SEBAGAI ANAK TANGGA UNTUK ANDA MELANGKAH MAJU KE PUNCAK KEJAYAAN.
 
TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK SIAF KHUSUSNYA GURU-GURU YANG MENGAJAR SUBJEK ALIRAN UPKK 2023 ATAS BAKTI SERTA CURAHAN ILMU KEPADA PELAJAR-PELAJAR.
 
TAHNIAH & SYABAS DIUCAPKAN.
LAGI

Page 6 of 25