https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1690159906.jpg

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SIAF KALI KE 29

 
22 JULAI 2023, SURAU HADIQOTUL JANNAH - ALHAMDULILLAH TELAH BERLANGSUNG MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH ISLAM AL FARABI YANG KE-29. MESYUARAT TERSEBUT TELAH DIRASMIKAN OLEH PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGURUS SIAF, TN HJ SHAMSULBAHRI BIN MOHAMED IKSAN.
 
MESYUARAT YANG DIKETUAI OLEH YDP PIBG SIAF IAITU UST ABDUL JALIL ARMAWAN BIN HJ BAHARI BERJALAN DENGAN LANCAR DENGAN KERJASAMA, KOMENTAR DAN CADANGAN-CADANGAN YANG SANGAT BERNAS OLEH GURU DAN PARA IBU BAPA UNTUK KEBAIKAN ANAK-ANAK MURID TERUTAMANYA DAN SEKOLAH SECARA UMUMNYA.
 
SEMOGA KERJASAMA INI DAPAT DITERUSKAN DAN BERTAMBAH BAIK UNTUK MASA HADAPAN, DEMI KEBAIKAN DAN MANFAAT BERSAMA. AMEEN YA RABBAL 'ALAMIIN.
 
"MEMBINA GENERASI MUSLIM GEMILANG"
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1689908259jpeg

UCAPAN TAHNIAH KEPADA GURU BESAR BAHARU SRIIF

UCAPAN TAHNIAH KEPADA USTAZ MUHAMMAD ZULFADHLI BIN YUSOF ATAS PELANTIKAN SEBAGAI GURU BESAR SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI
 
KAMI DARI BARISAN AHLI LEMBAGA PENGURUS DAN SELURUH WARGA SEKOLAH ISLAM AL FARABI MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA USTAZ MUHAMMAD ZULFADHLI YUSOF KERANA TELAH DILANTIK SEBAGAI GURU BESAR SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI BERKUAT KUASA MULAI 3 JULAI 2023.
 
SEMOGA DENGAN PELANTIKAN INI DAPAT MELAKAR PELBAGAI KEJAYAAN BUAT USTAZ DAN SEKOLAH SERTA DIBERKATI ALLAH S.W.T.
 
DIHARAP JUGA AGAR SELURUH WARGA SEKOLAH ISLAM AL FARABI DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA USTAZ MUHAMMAD ZULFADHLI SEPANJANG BELIAU BERKHIDMAT.
 
SIIRU ALA' BARAKATILLAH.
"MEMBENTUK GENERASI MUSLIM GEMILANG"
 
IKHLAS DARIPADA,
AHLI LEMBAGA PENGURUS (ALP) & SELURUH WARGA SEKOLAH ISLAM AL FARABI
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1689907912.png

UCAPAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA

UCAPAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA KEPADA USTAZAH SHARIMAH BINTI ASHAARI, GURU BESAR SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI
 
WARGA SEKOLAH ISLAM AL FARABI MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA KEPADA USTAZAH SHARIMAH BINTI ASHAARI SETELAH BERKHIDMAT SELAMA LEBIH 27 TAHUN DI SEKOLAH ISLAM AL FARABI. KAMI MENDOAKAN SEMOGA BELIAU SENTIASA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN BERPANJANGAN OLEH ALLAH SWT SERTA DIMEWAHKAN REZEKI DAN BERBAHAGIA BERSAMA KELUARGA TERCINTA.
 
KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEHLAH KITA MENUMPANG MANDI.
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
INSHAAALLAH KITA BERJUMPA LAGI.
 
TERIMA KASIH, SELAMAT BERSARA DAN JASAMU TETAP DIKENANG.
 
TULUS IKHLAS DARIPADA,
AHLI LEMBAGA PENGURUS (ALP), PIBG DAN SELURUH WARGA SEKOLAH ISLAM AL FARABI.
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1687856780jpeg

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1444H 2023

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟑🕋
 
“ DAN BAGI TIAP-TIAP UMAT TELAH KAMI SYARIATKAN PENYEMBELIHAN (QURBAN), SUPAYA MEREKA MENYEBUT NAMA ALLAH TERHADAP BINATANG TERNAK YANG TELAH DIREZEKIKAN ALLAH KEPADA MEREKA, MAKA TUHANMU IALAH TUHAN YANG MAHA ESA, KERANA ITU BERSERAH DIRILAH KAMU KEPADA- NYA, DAN BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG TUNDUK PATUH (KEPADA ALLAH)”.
(SURAH AL-HAJJ AYAT 34)
 
"SEMOGA SETIAP PENGORBANAN KITA DEMI SESUATU KEBAIKAN DI DUNIA INI AKAN MENDAPAT KEBERKATAN & RAHMAT ALLAH SWT"🤲
 
IKHLAS DARIPADA AHLI LEMBAGA PENGURUS (ALP), PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG), PENTADBIRAN SIAF🔰
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1687830076.jpg

PROGRAM FIRE DRILL & DEMO PEMADAM API SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐅𝐢𝐫𝐞 𝐃𝐫𝐢𝐥𝐥 & 𝐃𝐞𝐦𝐨 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐝𝐚𝐦 𝐀𝐩𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐥 𝐅𝐚𝐫𝐚𝐛𝐢🔰
 
ASSALAMUALIKUM W.B.T.
 
PADA HARI INI ISNIN 26 JUN 2023, SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL-FARABI TELAH MENGADAKAN LATIHAN KEBAKARAN DENGAN DIBANTU DAN DIBERI TAKLIMAT OLEH PEGAWAI DAN AHLI-AHLI BOMBA DARIPADA JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA CAWANGAN KOTA RAJA. BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KOTA RAJA🚒
 
SETINGGI - TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KAKITANGAN BOMBA YANG SUDI MEMBERIKAN PENERANGAN DAN TUNJUK AJAR KEPADA PIHAK SEKOLAH MENGENAI CARA- CARA YANG BETUL UNTUK MENYELAMATKAN DIRI KETIKA KEBAKARAN DAN CARA- CARA UNTUK MENGENDALIKAN PEMADAM KEBAKARAN DENGAN BETUL.👍👍
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1686900481.jpg

MAJLIS SAMBUTAN 3H KALI KE 2 🔰

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
 
PADA TARIKH 10 JUN 2023 TELAH BERLANGSUNGNYA MAJLIS SAMBUTAN 3H IAITU SAMBUTAN HARI GURU, HARI RAYA AIDILFITRI, DAN HARI PEKERJA TAHUN 2023 YANG BERTEMPAT DI CRYSTAL CROWN HOTEL, KLANG.😱
 
SETELAH SEKIAN LAMA TERTANGGUH ALHAMDULLILAH AKHIRNYA DAPAT DILANGSUNGKAN JUGA DENGAN GILANG-GEMILANG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGURUS (ALP),AJK PIBG,GURU-GURU, TASKA, DAN STAF-STAF SIAF.🫶
 
MAJLIS SAMBUTAN TERSEBUT DIANJURKAN OLEH AHLI LEMBAGA PENGURUS DAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) .👍
 
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIBG DAN STAF PENTADBIRAN YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT. 🌹
 
TIDAK LUPA JUGA PENGHARGAAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN PENUH BAGI MENJAYAKAN MAJLIS 3H.❤️
ANTARANYA:
 
-Y.B. DATUK ABDUL RASHID BIN ASARI
-MASJID NURUL AMIN
-SURAU SAYYIDAH ZAINAB
-SURAU HAJI ABAS
-PERSATUAN HALWA CARE
-E EYES DIGITAL SYSTEM
-ELIMINATE PEST CONTROL SERVICES
-CSS IT SOLUTION SDNBHD.
-AZFA REDHA ENTERPRISE
-KOPERASI SIAF
-AL FARABI MART ENTERPRISE
-SETIA DIDIK
DAN LAIN-LAIN…
 
SEKIAN,
TERIMA KASIH.🫰
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1686900258.jpg

KAMIL GASIS BAGI TAHUN 2023

SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI TELAH MENGHANTAR KONTIJEN BAGI PERTANDINGAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL) 2023PERINGKAT GABUNGAN SEKOLAH SEKOLAH SWASTA ISLAM SELANGOR (GASIS).❤️
 
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA DAN GURU PEMBIMBING YANG TELAH MEMBERI KOMITMEN TERBAIK SEPANJANG PERTANDINGAN BERLANGSUNG.🎗
 
KEPUTUSAN PENUH
 
PERTANDINGAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL) PERINGKAT ZON GASIS
(GABUNGAN SEKOLAH ISLAM SELANGOR)
 
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
8 JUN 2023
1. NASYID (L) : TEMPAT KEEMPAT
2. KHUTBAH MEN. ATAS : TEMPAT KETIGA
3. KHUTBAH MEN. RENDAH : TEMPAT KELIMA
4. HAFAZAN (L) MEN. ATAS : TEMPAT KEDUA
5. HAFAZAN (L) MEN. RENDAH : TEMPAT KEDUA
6. HAFAZAN (L) MEN. RENDAH : TEMPAT KEDUA
7. SYARAHAN BAHASA MELAYU (L) MEN. ATAS :TEMPAT KEDUA
8. SYARAHAN BAHASA MELAYU (P) MEN. ATAS : TEMPAT KEDUA
9. SYARAHAN BAHASA INGGERIS (L) MEN. ATAS : TEMPAT KETIGA
10. SYARAHAN BAHASA INGGERIS (L) MEN. RENDAH : TEMPAT KETIGA
11. SYARAHAN BAHASA INGGERIS (P) MEN. ATAS : JOHAN
12. SYARAHAN BAHASA ARAB (P) MEN. ATAS : JOHAN
13. SYARAHAN BAHASA ARAB (P) MEN. RENDAH : JOHAN
 
BERIKUT ADALAH 3 ORANG PESERTA YANG MENJADI JOHAN DAN AKAN MEWAKILI GASIS KE
PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT DAERAH PETALING DI UITM SHAH ALAM PADA 17 JUN 2023:
 
1. NADIRA NUR FATIHAH BT MOHD NASIR : SYARAHAN BAHASA INGGERIS KATEGORI MEN. ATAS.
2. QURRATUL AIN BT MOHD FADZIL : SYARAHAN BAHASA ARAB KATEGORI MEN. ATAS.
3. NURSAKINAH HUDA BT AZHARI : SYARAHAN BAHASA ARAB KATEGORI MEN. RENDAH
LAGI

Page 14 of 25