https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1713228329jpeg

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

DALAM KERENDAHAN HATI, ADA KETINGGIAN BUDI,
 
DALAM KEMISKINAN HARTA, ADA KEKAYAAN JIWA,
 
DALAM KELEMBUTAN LIDAH ADA KETERLANJURAN KATA,
 
DALAM GURAU DAN SENDA TENTU ADA KHILAF DAN DOSA, MOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALANYA.
 
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧✨
 
IKHLAS DARIPADA BARISAN ALP, PIBG DAN PENTADBIRAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI.
 
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم
 
"TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM"
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1712377053.jpg

MAKLUMAN CUTI

ASSALAMUALIKUM W.B.T.
 
PEJABAT SEKOLAH ISLAM AL FARABI AKAN TUTUP BERMULA PADA TARIKH 6 APRIL 2024 (SABTU)
&
AKAN BEROPERASI SEMULA PADA 16 APRIL 2024 (SELASA).
 
MAAF DI ATAS SEGALA KESULITAN.
TERIMA KASIH.
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1712278619jpeg

SUMBANGAN PEMBINAAN BUMBUNG DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH RENDAH

𝐏𝐄𝐂𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝟏𝟎 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍
 
BERUSAHA MENCARI LAILATUL QADAR
 
DARIPADA AISYAH R.A.,
BAHAWA BELIAU BERTANYA NABI SAW: “WAHAI NABI ALLAH, JIKA AKU BERTEMU DENGAN MALAM AL-QADAR MAKA APA YANG SEPATUTNYA AKU UCAPKAN. NABI SAW BERSABDA :
‎اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
MAKSUDNYA: “YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SESUNGGUHNYA KAMU MAHA PENGAMPUN DAN AMAT SUKA AKAN KEAMPUNAN, MAKA BERIKANLAH KEAMPUNAN KEPADAKU.”
(HR AL-TIRMIZI. STATUS HADIS : HASAN SAHIH)
 
DENGAN SUKACITANYA INGIN MEMPELAWA TUAN/PUAN UNTUK BERINFAQ KE SEKOLAH ISLAM AL FARABI.
SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MENGIKUT LOT :-
▶️ RM 10 UNTUK 3000 LOT
▶️ RM 50 UNTUK 500 LOT
▶️ RM 100 UNTUK 350 LOT
- ANGGARAN KESELURUHAN ADALAH
3850 LOT BERSAMAAN DENGAN
RM 90,000.00
 
3. SUMBANGAN TUAN/PUAN BOLEH DIMASUKAN KE AKAUN BERIKUT :
🔰 BANK : BANK ISLAM
🔰 NO AKAUN : 12010010056111
🔰 NAMA : PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI
🔰 REFERENCE : DATARAN SRIIF
 
4. SEMOGA SUMBANGAN IKHLAS TUAN/PUAN AKAN DIBERI GANJARAN KEBAIKAN OLEH ALLAH SWT. JAZAKALLAHU KHAIRAN.
SEKIAN. TERIMA KASIH
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1712020094.jpg

IFTAR PERDANA SEKOLAH ISLAM AL FARABI 2024

𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒
 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
 
PADA 29 MAC 2024 BERSAMAAN 18 RAMADHAN 1445H TELAH BERLANGSUNGNYA IFTAR PERDANA SEKOLAH ISLAM AL FARABI BERTEMPAT DI SURAU HADIQOTUL JANNAH, SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI.
 
PROGRAM BERMULA DENGAN TAZKIRAH RINGKAS YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ ZULFADHLI, BERBUKA PUASA, SOLAT MAGHRIB, ISYAK DAN SOLAT TERAWIH BERJEMAAH. ANTARA YANG TERLIBAT ADALAH AHLI LEMBAGA PENGURUS (ALP), PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG), STAF PENTADBIRAN DAN GURU-GURU SEKOLAH ISLAM AL FARABI.
 
MAJLIS BERAKHIR DENGAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA KAKITANGAN AL FARABI YANG DISAMPAIKAN OLEH AHLI LEMBAGA PENGURUS DAN PIBG.
 
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA AHLI LEMBAGA PENGURUS SIAF, PIBG, DAN PERSATUAN HALWA CARE DALAM MENJAYAKAN PROGRAM SERTA MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN AL FARABI.
 
"MEMBENTUK GENERASI MUSLIM GEMILANG"
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1710807871.jpg

MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN AJK PIBG SEKOLAH ISLAM AL FARABI SESI 2024/2027

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐉𝐊 𝐏𝐈𝐁𝐆 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟕
 
TARIKH : 10 MAC 2024
HARI : AHAD
TEMPAT : SURAU HADIQOTUL JANNAH, SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI
 
ALHAMDULLILAH SELESAI SUDAH MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (AJK PIBG) SEKOLAH ISLAM AL FARABI BAGI SESI 2024/2027 YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH WAKIL AHLI LEMBAGA PENGURUS (ALP) TUAN HJ KAMARUZZAMAN BIN RIPIN.
 
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SELURUH BARISAN AHLI JAWATAN KUASA PIBG SIAF BAGI SESI 2022/2024 DIATAS SEGALA KERJASAMA DAN KHIDMAT BAKTI YANG DIBERIKAN SEPANJANG TEMPOH PELANTIKAN SESI 2022/2024.
 
TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA BARISAN AHLI JAWATAN KUASA PIBG SIAF YANG BAHARU BAGI SESI 2024/2027 DIATAS PELANTIKAN KALI INI. SEMOGA DENGAN PELANTIKAN JAWATANKUASA BAHARU INI DAPAT MENERUSKAN KESINAMBUNGAN YANG CEMERLANG DAN TERBILANG DALAM MEREALISASIKAN VISI DAN MISI SEKOLAH DEMI KEMAJUAN AKADEMIK, SAHSIAH DAN KOKURIKULUM MURID SEKOLAH ISLAM AL FARABI.
 
TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA IBUBAPA DAN GURU YANG HADIR DAN TELAH MENYUMBANG IDEA, PANDANGAN SERTA CADANGAN DALAM KECEMERLANGAN SIAF KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI.
 
"MEMBENTUK GENERASI MUSLIM GEMILANG"
 
SILA LAYARI LINK FACEBOOK SEKOLAH DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1710727759.jpg

PENDAFTARAN PRA TAHFIZ 2024 KINI DIBUKA

 [PENDAFTARAN PRA TAHFIZ 2024 KINI DIBUKA]
 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
1️⃣ PENGAMBILAN BORANG DAN PENDAFTARAN BAGI KEMASUKAN MURID PRA TAHFIZ BAGI SESI 2024 KINI DIBUKA BERMULA 19.03.2024 (SELASA).
2️⃣ TEMPAT ADALAH TERHAD UNTUK KEMASUKAN MURID BARU KELAS IQRA' SAHAJA
3️⃣ HANYA DIBUKA BAGI MURID SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI ATAU SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI SAHAJA.
4️⃣ SILA RUJUK GAMBAR BERKENAAN PROSEDUR PENDAFTARAN.
 
SEKIAN, TERIMA KASIH.
 
"MEMBINA GENERASI MUSLIM GEMILANG"
 
PENTADBIRAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI
 
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1710464128.JPG

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT PELAJAR SIJIL PEPERIKSAAN MENENGAH AGAMA (SMA) BAGI TAHUN 2023

 
ALHAMDUILLILAH BUAT JULUNG KALI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI MENDAPAT KEPUTUSAN SMA 2023 : 100% LULUS.
 
TAHNIAH BUAT PELAJAR TERBAIK SMA 2023:
PUTRI MAISARAH BINTI ABDULLAH 89.8% MUMTAZ
 
PELAJAR-PELAJAR MEMPEROLEH SEKURANGNYA JAID:
1. NUR SYAHIRAH BT. KAHARUDIN - JAID JIDDAN
2. MUHAMAD AMSYAR ABQARI B. AINIZAM - JAID JIDDAN
3. AMINAH SOLEHAH BT. ABDULLAH - JAID
4. NUR ALYA NAZIFA BT. RUSDI - JAID
5. CUT RUSMAWARDINA BT. MOHD NASIR - JAID
6. SAFIYA BALQISH BT. SAIFOL BAHARI - JAID
7. MUHAMMAD AIMAN HAKIMI B. ZAMZURI - JAID
8. NUR ZARIN AZMILA BT. NORKHAN - JAID
9. MUHAMMAD ALIF FIQRI B. SUBOH - JAID
10. MUHAMMAD ADAM AL-IRFAN B. MOHAMMAD ZAIRI - JAID
11. MUHAMMAD HAFIZZUDDIN B. NORDIN - JAID
12. NUR HAZIQAH BT. ROSLAN – JAID
 
TAHNIAH KEPADA GURU-GURU SMA TERUTAMANYA, SERTA SELURUH ASATIZAH YANG TELAH BERJAYA MENCATATKAN KEPUTUSAN MEMBANGGAKAN PADA TAHUN INI. SEMOGA KECEMERLANGAN INI DAPAT DITERUSKAN PADA TAHUN MENDATANG.
 
JANGAN LETIH UNTUK TERUS BERUSAHA BAGI MENGHADAPI SPM 2024 PULA 
 
مُبارك لكم جميعاً
MEMBENTUK GENERASI MUSLIM GEMILANG
LAGI

Page 7 of 25