https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1660900566.png

JAWATAN KOSONG SEKOLAH ISLAM AL FARABI

KEMASKINI : 2 OGOS 2022
 
📌 JAWATAN KOSONG SEKOLAH ISLAM AL FARABI
‼KEMASUKAN SEGERA
🔰 JAWATAN :
 
1. GURU AKADEMIK SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI (1 KEKOSONGAN)
2. PEMBANTU AM (PETUGAS KEBERSIHAN), SEKOLAH ISLAM AL FARABI (1 KEKOSONGAN)
3. PEMBANTU PEMASARAN AL FARABI MART ( 2 KEKOSONGAN)
 
SEKIRANYA BERMINAT BOLEH EMAILKAN RESUME KE SIAF@ALFARABI.EDU.MY
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI 03-33814560 (PEJABAT SIAF) / 016-6756979 (WHATSAPP SAHAJA).
 
TERIMA KASIH.
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1660798301jpeg

UJIAN KELAYAKAN TAHUN 1 SESI 2023

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
 
MAKLUMAN BUAT IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 1 SESI 2023
UJIAN KELAYAKAN TAHUN 1 SESI 2023:
 
TARIKH: 27 OGOS 2022
HARI: SABTU
MASA: 8.30 PAGI - 11 PAGI
TEMPAT: SEK REN ISLAM INTEGRASI AL FARABI
 
SILA BAWA BERSAMA
ALAT TULIS & PENSIL WARNA DAN BERPAKAIAN SOPAN.
 
BAGI YG MASIH BELUM LENGKAPKAN DOKUMEN SILA BAWA SEKALI PADA HARI TERSEBUT:
- SALINAN SIJIL LAHIR & MY KID
- GAMBAR PASSPORT 1 KEPING
- SALINAN IC IBUBAPA
- SALINAN PAYSLIP IBU BAPA 1 BULAN
 
SEGALA KERJASAMA YANG DIBERIKAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.
 
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1659067714.jpg

PENURAPAN PARKING LOT SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI

🔴 "JOM REBUT PAHALA BERWAKAF PADA HARI JUMAAT" 🔴
 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
KEMPEN SUMBANGAN WAKAF BAGI PENURAPAN PARKING LOT SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI (SRIIF).
DANA SUMBANGAN INI DIPERLUKAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENURAP PARKING LOT SRIIF BAGI KEGUNAAN GURU-GURU DAN WARGA SEKOLAH ISLAM AL FARABI SECARA KHUSUSNYA.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 WAKAF BOLEH DISALURKAN TERUS/BANK CHEQUE KE AKAUN BERIKUT:
 
📌 BANK : BANK RAKYAT
📌 NO AKAUN : 110701001823
📌 NAMA AKAUN : SEKOLAH ISLAM AL FARABI - PEMBINAAN
 
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI:
03 3381 4560 (PEJABAT SEKOLAH)
016 675 6979 (WHATSAPP SEKOLAH)
JOM BANTU KONGSIKAN POST INI AGAR DAPAT MEMBANTU RAMAI ORANG DALAM BERWAKAF.
 
SEKIAN, TERIMA KASIH.
 
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1658882879jpeg

PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD KLANG

TAMAT PERLAWANAN
 
SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI TELAH MENGHANTAR PASUKAN BOLA SEPAK MEWAKILI SEKOLAH BAGI PERINGKAT DAERAH KLANG. PASUKAN BOLA SEPAK AL FARABI HANYA MENCAPAI PERINGKAT KUMPULAN DAN SECARA LANGSUNG TIDAK LAYAK KE PERINGKAT SETERUSNYA. BERIKUT MERUPAKAN CARTA PASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERTANDING:
 
1. SK MERU 9 MATA
2. SK PELABUHAN UTARA 6 MATA
3. SRI FARABI 3 MATA
4. SJKT JALAN MERU 0 MATA
 
WALAU APAPUN JUA KEPUTUSAN YANG DIPEROLEH, JANGAN PUTUS ASA DAN PATAH SEMANGAT. JADIKAN IA SEBAGAI PERMULAAN DAN SEMANGAT UNTUK MENJADI YANG LEBIH HEBAT PADA MASA AKAN DATANG.
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA JURULATIH DAN GURU YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.
 
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1658475274jfif

PERTANDINGAN AMAL ISLAMI 2022

"PERTANDINGAN AMAL ISLAMI 2022"
 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
 
ALHAMDULILLAH , TELAH SELESAI PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAH YANG BERTEMAKAN “RASULULLAH S.A.W TELADAN SEPANJANG ZAMAN”.
 
PERTANDINGAN TERSEBUT BERLANGSUNG DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI SELAMA TIGA HARI BERMULA DARI 5HB JULAI SEHINGGA 7HB JULAI 2022.
 
TERDAPAT BEBERAPA ACARA DIPERTANDINGKAN. ANTARANYA ADALAH HAFAZAN, KHUTBAH, AZAN, PIDATO, KHAT, NASYID DAN SEBAGAINYA.
 
PEMENANG KESELURUHAN PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PADA TAHUN INI, BERDASARKAN KUTIPAN MATA, DINOBATKAN KEPADA KELAS 2 IBNU SINA BAGI KATEGORI MENENGAH RENDAH DAN 5 IBNU SINA BAGI KATEGORI MENENGAH TINGGI.
SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS BUAT PARA PESERTA YANG TELAH MENYERTAI DAN BERJAYA DALAM PERTANDINGAN AMAL ISLAMI TAHUN 2022.
 
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1656997739jfif

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH (SAFAR SMIF 2022)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
 
ALHAMDULILLAH PADA 1HB JULAI 2022 , SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FARABI TELAH MENGANJURKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH (SAFAR SMIF 2022).
 
KEJOHANAN INI BERLANGSUNG SELAMA SATU MINGGU DENGAN PELBAGAI PERTANDINGAN ACARA SUKAN. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN IALAH CATUR, PINGPONG, BADMINTON, MEMANAH, LONTAR PELURU, LARIAN 100 METER, BOLA JARING DAN BOLA SEPAK.
 
SEKALUNG TAHNIAH BUAT PARA PESERTA YANG BERHEMPAS-PULAS DAN MEMERAH KERINGAT DI DALAM SETIAP ACARA YANG DIPERTANDINGKAN.
RUMAH AHMAR TELAH DINOBATKAN SELAKU JUARA KESELURUHAN SAFAR SMIF 2022. BEBERAPA ANUGERAH KHAS TURUT DIBERIKAN KEPADA PARA PELAJAR DAN PASUKAN YANG TERLIBAT. ANUGERAH TERSEBUT ADALAH :
 
1) OLAHRAGAWAN HARAPAN - DANIAL AIDIL (AZRAQ)
2) OLAHRAGAWAN TERBAIK - AFIL HADI (ASFAR)
3) OLAHRAGAWATI HARAPAN - NORSAKINAH HUDA (AHMAR)
4) OLAHRAGAWATI TERBAIK - NURUL HIDAYAH RAHMAN (AZRAQ)
5) SORAKAN PASUKAN TERBAIK - AHMAR
 
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT BARISAN ALP, PIBG, PENTADBIRAN SEKOLAH, PARA ASATIZAH SERTA PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH MENJAYAKAN PROGRAM INI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.
SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KEKURANGAN DAN KELEMAHAN DI DALAM PENGANJURAN SAFAR SMIF PADA TAHUN INI, PIHAK SEKOLAH MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN.
 
TERIMA KASIH SEMUA
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
LAGI
https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1656296358.jpg

LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI 2022

ASSALAMUALIKUM W.B.T.
 
PADA HARI KHAMIS 23 JUN 2022 YANG LALU , SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL-FARABI TELAH MENGADAKAN LATIHAN KEBAKARAN DENGAN DIBANTU DAN DIBERI TAKLIMAT OLEH PEGAWAI DAN AHLI-AHLI BOMBA DARIPADA JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA CAWANGAN KOTA RAJA.
 
SETINGGI - TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KAKITANGAN BOMBA YANG SUDI MEMBERIKAN PENERANGAN DAN TUNJUK AJAR KEPADA PIHAK SEKOLAH MENGENAI CARA- CARA YANG BETUL UNTUK MENYELAMATKAN DIRI KETIKA KEBAKARAN DAN CARA- CARA UNTUK MENGENDALIKAN PEMADAM KEBAKARAN DENGAN BETUL.
 
LAGI

Page 22 of 25