𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐥 𝐅𝐚𝐫𝐚𝐛𝐢 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Islam Al Farabi bagi tahun 2026 telah pun selesai, walaupun tertunda dari masa yang dijadualkan, akibat cuaca yang tidak mengizinkan.
Kejohanan ini disertai oleh semua pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Farabi (SMIF) serta murid tahun 4, 5 & 6 Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi (SRIIF).
Juara Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Islam Al Farabi pada Tahun 2026 ini dimenangi oleh pasukan ASFAR (RUMAH KUNING). Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan murid-murid yang terus berlari sehingga garisan penamat.
Tidak lupa juga penghargaan dan ribuan terima kasih kepada barisan ALP, PIBG dan ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan kepada peserta-peserta larian Merentas Desa.
Terima kasih juga diucapkan kepada En. Firdaus bin Mohd Bostammi dan team (Sukarelawan Bomba Rantau Panjang) kerana membantu murid-murid yang mengalami perkara tidak diingini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook/ Instagram sekolah islam al farabi di link : https://www.facebook.com/sekolahislamalfarabiklang/ & https://www.instagram.com/sekolahislamalfarabiklang/




