πππππππ ππππππππ ππππππππππ πππππππ ππ-ππππππ ππ πππππππ πππππ ππ π
πππππ
Pada 5 Ogos 2025, seramai 6 orang warga Madrasah Tsanawiyah Terpadu Al-Jannah, Kota Bandar Aceh, Indonesia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sekolah Islam Al Farabi, Klang. Lawatan ini bertujuan untuk menimba pengalaman, berkongsi pengetahuan serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam bidang pendidikan Islam.
Sepanjang lawatan ini, para peserta telah berpeluang melawat beberapa lokasi penting di bawah pengurusan Sekolah Islam Al Farabi, Sekolah Menengah Islam Al Farabi, Pejabat Pengurusan Sekolah Islam Al Farabi, TASKA Al Farabi, Sekolah Rendah Islam Al Farabi dan Al Farabi Mart.
Lawatan ini telah memberikan pendedahan yang sangat bermakna kepada semua peserta dalam mengenali dengan lebih dekat sistem pendidikan, pengurusan sekolah, dan usaha ke arah pembangunan pendidikan Islam yang menyeluruh dan berkualiti.
Semoga lawatan yang bermakna ini menaikan nama Sekolah Islam Al Farabi dimata antarabangsa dan terus maju & cemerlang pada masa akan datang.
"Membentuk Generasi Muslim Gemilang"