FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Proses pendidikan yang berpaksikan kepada aqidah ketauhidan kepada Allah SWT bersumberkan Al-Quran & As-Sunnah berasaskan sistem pendidikan yang syumul – menyeluruh, seimbang, bersepadu dan berterusan melalui murabbi yang dapat melahirkan insan rabbani sebagai khalifatullah yang berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketrampilan.
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan kepelbagaian sumber kewangan dengan pengurusan kewangan yang lebih cekap.
- Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan secara menyeluruh.
- Membina perkongsian strategik dengan berkesan.
- Menawarkan perkhidmatan Khidmat Perunding kepada lain-lain organisasi.
- Melaksana sukatan kokurikulum yang memenuhi tuntutan syariat serta mengurus bakat dan potensi pelajar ke peringkat global.
- Memperkukuh sistem pengajaran & pembelajaran(P&P) bagi memastikan pelajar mencapai tahap yang tertinggi.
- Menawarkan kurikulum diploma tahfiz, diploma berkaitan pendidikan Islam dan Sijil STAM.
- Meningkatkan professionalisme dan amalan nilai-nilai murni warga kerja & pengurusan.