Tabung Pembinaan dan Pembangunan Sekolah Islam Al Farabi adalah tabung yang diisi hasil sumbangan orang ramai yang dikhususkan untuk urusan pembangunan fizikal Sekolah Islam Al Farabi. Antara perbelanjaan yang digunakan adalah untuk membina bangunan, membaikpulih bangunan dan persekitaran sekolah.

Dana daripada Tabung Pembinaan dan Pembangunan Sekolah Islam Al Farabi telah sepenuhnya dibelanjakan untuk pembangunan fizikal sekolah. Selain membeli tapak tanah sekolah sedia ada, bangunan-bangunan yang didirikan di atasnya juga adalah hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Pembinaan dan Pembangunan Sekolah Islam Al Farabi.

Sumbangan ke Tabung Pembinaan dan Pembangunan Sekolah Islam Al Farabi boleh dimasukkan terus ke akaun berikut:

PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI

noaccpembinaandanpembangunan

bankislam1
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Sekolah Islam Al Farabi juga menyediakan Tabung Am Sekolah Islam Al Farabi kepada orang ramai yang mempunyai wang atau dana tidak patuh syariah seperti hasil riba' dan sebagainya untuk disalurkan ke dalam tabung tersebut untuk tujuan membaik pulih prasarana tertentu seperti tandas sekolah, pagar sekolah dan sebagainya. Semua hasil dana daripada Tabung Am Sekolah Islam Al Farabi sepenuhnya dibelanjakan untuk membaikpulih prasarana tertentu sahaja.

Sumbangan ke Tabung Am Sekolah Islam Al Farabi boleh dimasukkan terus ke akaun berikut:

TABUNG AM SEKOLAH ISLAM AL FARABI

noacctabungam

bankislam1
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

“ Perbandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih, dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi amat luas pengetahuan-Nya.”

( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 261 ).

POLISI PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI

Pembayaran yuran boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut :

  1. tunai
  2. cek
  3. bank in
  4. pindahan bank (account transfer)
  • Pembayaran melalui kaedah ii,iii dan iv adalah sangat digalakkan.
  • Segala resit atau bukti pembayaran hendaklah diserahkan ke kaunter pembayaran sekolah ataupun dihantar melalui email di siaf@alfarabi.edu.my
Resit rasmi perlu diterima oleh setiap pembayar sebagai bukti pembayaran.
Semua yuran yang berkaitan dengan pendaftaran masuk bagi sesi baru dan Yuran Pengajian bagi bulan Januari perlu dibayar sebelum atau pada 1 Januari tahun sesi baru. Jika ibu bapa gagal membuat bayaran, murid tidak dibenarkan masuk kelas dan diberi tempoh seminggu untuk menjelaskan hutang tersebut.
Semua Yuran Pengajian yang dibayar secara bulanan hendaklah dibayar pada tiap-tiap 1 haribulan setiap bulan bermula dari Januari sehingga November. Ibu bapa yang gagal menjelaskan yuran pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang surat atau makluman kepada sekolah, surat peringatan akan dikeluarkan.

Tunggakan yuran – Tindakan terhadap mereka yang mempunyai tunggakan yuran adalah seperti berikut:

  1. Peringatan pertama – jika sebulan tertunggak.
  2. Peringatan kedua – jika 2 bulan tertunggak.
  3. Notis 7 hari – jika 3 bulan atau lebih, tertunggak.
  4. Penahanan murid daripada memasuki kelas akan dibuat jika tiada tindakan atau apa-apa surat rayuan oleh ibu bapa/penjaga ke atas notis 7 hari.
  5. Jika ibu bapa ingin memberhentikan pembelajaran anaknya kerana tunggakan yuran, dokumen yang berkaitan seperti Sijil Berhenti Sekolah, Testimonial dan dokumen yang berkaitan tidak akan diberi.
Bagi kes penahanan murid (rujuk 6.4) dan permohonan berhenti (rujuk 6.5), cara penyelesaian hanyalah dengan membayar penuh segala hutang yang ada.
Yuran lama tertunggak – Notis peringatan pada bulan November perlu dikeluarkan kepada ibu bapa yang berhutang bahawa murid berkenaan tidak dibenarkan masuk sekolah untuk sesi baru (contoh 2014).
Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan – jika ibu bapa masih berminat untuk meneruskan persekolahan sama ada pada tahun yang sama atau tahun yang berlainan, Yuran Pengajian perlu terus dibayar. Jika ibu bapa tidak berminat untuk meneruskan persekolahan, mereka perlu berhenti dan mendaftar semula jika berkeinginan untuk masuk balik ke sekolah selepas itu. Penerimaan untuk mendaftar bergantung kepada kekosongan tempat belajar.
  • Bayaran boleh dibuat secara tunai di pejabat sekolah.
  • Bayaran juga amat digalakkan dibuat melalui cek atau pindahan bank atas nama:

AJK SEKOLAH ISLAM AL FARABI

nobankislam1

bankislam1
Bank Islam Malaysia Berhad  ( BIMB )

 

  • Sekiranya bayaran dibuat melalui ATM atau pindahan bank, sila emailkan maklumat pembayaran dan resit  di siaf@alfarabi.edu.my  atau whatsapp di no 01120621887 .
TOP