𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐧𝐜𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐭𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐭𝐭𝐚𝐛𝐢𝐮𝐧𝐢 (𝐌𝐊𝐊𝐅) 𝐝𝐚𝐧 𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐅𝐚𝐭𝐭𝐚𝐛𝐢𝐮𝐧𝐢 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠 (𝐐-𝐈𝐧𝐅𝐚𝐊)
Program Mumtaz Khatam Kaedah Fattabiuni (MKKF) dan Quran Inovatif Fattabiuni Klang (Q-InFaK) tahun 2025, bersama AJK Pelaksana serta Qari Fattabiuni Daerah Klang, telah berjaya dilaksanakan pada 3 November 2025 (Isnin) bertempat di Management and Science University (MSU), Shah Alam.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Norhisham bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN). Program ini turut dihadiri oleh para pentadbir dan penyelaras Tahun 6 dari sekolah-sekolah sekitar daerah Klang.
Sekolah Islam Al Farabi turut dijemput menghadiri program berprestij ini serta berperanan sebagai rakan strategik dalam menjayakan pelaksanaan Program MKKF dan Q-InFaK bagi tahun 2025.
Bagi pihak Sekolah Islam Al Farabi, kehadiran diwakili oleh Tuan Haji Shamsulbahri bin Haji Mohd Iksan (Pengerusi ALP Sekolah Islam Al Farabi) dan En. Ir. Prasad bin Hanif (Ahli Jawatankuasa ALP) selaku rakan strategik program.
Selain itu, Ustaz Mahfuz, Penyelia Pra Tahfiz Sekolah Islam Al Farabi, turut memainkan peranan penting sebagai Qari dan menjadi antara penyumbang utama kejayaan Q-InFaK. Bacaan al-Quran beliau yang merdu dan penuh penghayatan telah menyerikan lagi suasana majlis tersebut.
Semoga program-program seperti ini diteruskan menjadi inspirasi dan platform memperkukuh penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar dan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook/ Instagram sekolah islam al farabi di link : https://www.facebook.com/sekolahislamalfarabiklang/ & https://www.instagram.com/sekolahislamalfarabiklang/



