ππππππ ππππππππ πππππ πππππππππ ππππ
3 September 2025 (RABU)
Alhamdulillah, Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Ustaz Basir bin Bakar telah berjaya dilangsungkan dengan penuh rasa syukur dan penghargaan pada hari ini, bertempat di Dataran Berbumbung, Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi.
Majlis ini diadakan bagi meraikan jasa dan bakti Ustaz Basir yang telah mencurahkan khidmat selama 34 tahun (1991–2025) dalam dunia pendidikan, khususnya di sekolah ini. Sepanjang perkhidmatan beliau, banyak sumbangan dan pengorbanan yang telah ditaburkan demi membentuk generasi rabbani yang berilmu dan berakhlak mulia.
Majlis diserikan dengan pelbagai acara, termasuk ucapan penghargaan, penyampaian cenderamata dan persembahan istimewa daripada murid-murid serta guru-guru. Suasana penuh emosi dan syahdu jelas terasa sepanjang majlis berlangsung, mencerminkan kasih sayang dan penghormatan warga sekolah terhadap tokoh pendidik yang dihormati ini.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Basir atas segala jasa, ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang berkat dan kebahagiaan dalam menempuh fasa persaraan.
"Jasamu dikenang, baktimu disanjung, semoga terus berbakti walau di mana berada."
"MEMBENTUK GENERASI MUSLIM GEMILANG"