𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐉𝐊 𝐏𝐈𝐁𝐆 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟕
Tarikh : 10 Mac 2024
Hari : Ahad
Tempat : Surau Hadiqotul Jannah, Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi
Alhamdullilah selesai sudah Mesyuarat Agung Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (AJK PIBG) Sekolah Islam Al Farabi bagi sesi 2024/2027 yang telah dirasmikan oleh wakil Ahli Lembaga Pengurus (ALP) Tuan Hj Kamaruzzaman Bin Ripin.
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada seluruh barisan Ahli Jawatan Kuasa PIBG SIAF bagi sesi 2022/2024 diatas segala kerjasama dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang tempoh pelantikan sesi 2022/2024.
Tahniah juga diucapkan kepada barisan Ahli Jawatan Kuasa PIBG SIAF yang baharu bagi sesi 2024/2027 diatas pelantikan kali ini. Semoga dengan pelantikan jawatankuasa baharu ini dapat meneruskan kesinambungan yang cemerlang dan terbilang dalam merealisasikan visi dan misi sekolah demi kemajuan akademik, sahsiah dan kokurikulum murid Sekolah Islam Al Farabi.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibubapa dan guru yang hadir dan telah menyumbang idea, pandangan serta cadangan dalam kecemerlangan SIAF ke peringkat yang lebih tinggi.
"Membentuk Generasi Muslim Gemilang"
Sila layari link facebook sekolah dibawah untuk maklumat lanjut: