14211938 1098713990218584 8458521506900634605 n

 

Pada 30/8/2016 hari selasa 7:00 hingga 10:30 malam . Pihak Sekolah Islam Al farabi dengan kerjasama Ahli Lembaga Pengurus SIAF telah mengadakan Program Solat Hajat Dan Bacaan Yassin di Surau Hadiqotul Jannah, Sekolah Rendah Islam Intergrasi Al Farabi. Semua guru, kakitangan dan juga murid telah terlibat bagi melangsungkan program ini.Sehubungan itu, Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada yg hadir bagi memeriahkan program ini. Sekian terima kasih.

13920945 1078493222240661 4991057838261910999 n

 

Assalamualaikum
Pada Hari Sabtu dan Ahad 6-7 Ogos 2016 pihak SUK dan Gerak Bestari telah menganjurkan program membentuk pendidik yang berdedikasi dan cemerlang yang bertemakan Guru Cemerlang Pelajar Gemilang yang berlangsung di Hotel Gold Course Klang.

Seramai 36 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah telah terlibat.Pelbagai program dianjurkan antaranya 
-Sesi Motivasi
-Pen Ajaib
-Sesi Qiamulail
-Kuliah Subuh

Antara panel yang terlibat ialah 
-Prof Dc Mohd Hasan
-Puan Norhidayah Bt Satiman
-Puan Maizan Bt Salleh

Ahli Lembaga (ALP) juga turut hadir didalam program ini antaranya Hj Syafaat B Hj Hashim (Pengerusi ALP), Hj Kamaruzzaman B Aripin (Setiausaha ALP), Hj Daud B Dollah (Bendahari ALP), Dr Hj Misbah B Hassan (Lujnah Pendidikan), dan Puan Hajjah Raihana Bt Ahmad (Lujnah Latihan).

Capture2017

Assalammualaikum, makluman kepada ibu bapa/penjaga, pendaftaran untuk kemasukkan murid ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2017 Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi telah ditutup berkuatkuasa pada 24.08.2016 / 12.00pm.

Sebarang permohonan melalui online @ borang selepas tarikh tersebut tidak akan diproses kerana tempat adalah terhad. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang memilih Sekolah Islam Al Farabi!

 

 

sukan smif

 

PERKARA : SUKAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI (SAFAR) SMIF 2016
TARIKH : 1-5 OGOS 2016 = 27 SYAWAL - 2 ZULKAEDAH 1437 HIJRAH
TEMPAT : SEKOLAH ISLAM AL FARABI
MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI.

ASSALAMUALAIKUM,

Pada hari Isnin hingga Jumaat 1-5 Ogos 2016 (27 Syawal - 2 Zulkaedah 1437 Hijrah), pihak sekolah menengah Islam Al Farabi telah mengadakan aktiviti sukan Sekolah Islam Al farabi.

Pada hari Jumaat, majlis penutup SAFAR SMIF diadakan di dataran Sekolah Menengah Islam Al Farabi. Pingat di sampaikan oleh Pengerusi ALP Tn. Hj. Syafaat Bin Hashim.

Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah bolasepak, bola jaring, badminton, pingpong, catur, boling padang, sepak takraw, lontar peluru, tarik tali dan memanah.

-Juara keseluruhan disandang oleh rumah Azraq (biru) dengan memperolehi 12 pingat emas.
- Olahragawan di sandang oleh Hafizam Khaidir dari rumah Akhdor (hijau).
- Olahragawati di sandang oleh Nor Shaheera Sharif dari rumah Azraq (biru)
-Olahrarapanwan di sandang oleh Mohd Fakhrullah Mohd Phozi dari rumah Akhdor (hijau)
-Olaharapanwati di sandang oleh Arifah Madiha dari rumah Azraq (biru)

 
 

 

 

14080086 1091427547613895 3088216821172765441 n

 

PERKARA :UJI BAKAT PENDAKWAH CILIK 
TARIKH : 23 OGOS 2016
TEMPAT : SEKOLAH RENDAH INTEGRASI ISLAM AL FARABI
MASA : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG.

ASSALAMUALAIKUM
Pada 23 ogos 2016 pihak sekolah telah menerima kunjungan kru-kru dari stesen tv saluran 113 Salam HD untuk melangsungkan sesi uji bakat pendakwah cilik. Seramai 65 orang murid telah menyertai sesi Uji Bakat ini. Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang.Terima kasih kepada pihak yang berkenaan atas kelangsungan program ini.

TOP