15135871 1172271242862858 2667011612112804139 n

PERKARA :LAWATAN TADIKA CERIA AZ ZAHRA KE FARABI
TARIKH : 23/11/2016

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Sekolah Islam Al Farabi telah menerima jemputan daripada Tadika Ceria Az Zahra. Seramai 10 orang murid dan 4 orang guru terlibat.

Kami harap dengan lawatan ini, dapatlah menyuntik semangat anak-anak kita untuk menyambung ke darjah 1 di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi.

15078631 1171247956298520 2365514829734749495 n

PERKARA : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

TEMPAT : SURAU HADIQOTUL JANNAH SRIIF
TARIKH : 18/11/2016

ASSALAMUALAIKUM
Sekolah Rendah Integrasi Islam Al Farabi telah melangsungkan program Hari Kanak-Kanak di Surau Hadiqotul Jannah. Murid darjah 1-6 terlibat dalam program ini.
Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.
Moga seluruh tenaga pengajar dan murid-murid diberkati usahanya selalu.

15192509 1172243739532275 1142406987487453990 n

PERKARA :LAWATAN KE KOMTAQ
TARIKH : 20/11/2016
TEMPAT : KOMTAQ KERDAU

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Pihak Sekolah Islam Al Farabi telah membuat lawatan ke KOMTAQ Kerdau Pahang bersama beberapa orang ALP serta guru, staff dan PIBG.

Harap dengan lawatan ini dapat menyuntik semangat kami untuk menjadikan Sekolah kami sebagai Sebuah Kolej Pendidikan Islam Yang Terunggul Di Selangor Menjelang 2025.

PERKARA : HARI PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR & PSRA
TEMPAT : SURAU HADIQOTUL JANNAH SRIIF

ALHAMDULILLAH!!!15178143 1171236936299622 127408902520622087 n

 

15027611 1165878360168813 7078070564247302688 n

ASSALAMUALAIKUM
Pihak Sekolah Islam Al Farabi bercadang untuk membina sebuah bangunan kompleks 4 tingkat. Dalam pelan perancangan pembangunan Sekolah Islam Al Farabi, suntikan dana amat diperlukan bagi membiayai projek yang akan dijalankan ini. Kekangan yang utama dihadapi ialah masalah kewangan. Projek ini memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jadi, pihak sekolah sedaya upaya mencari dan mengumpul dana, agar dengan adanya sebuah bangunan kompleks ini dapatlah kita bersama-sama menjadikan ianya sebagai Sebuah Kolej Pendidikan Islam Yang Terunggul Di Selangor Pada Tahun 2025.

TOP