pendaftaran-ditutup

 

Assalammualaikum, makluman kepada ibu bapa/penjaga, pendaftaran untuk kemasukkan murid ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2016 Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi telah ditutup berkuatkuasa pada 26.08.2015 / 12.00pm.

Sebarang permohonan melalui online @ borang selepas tarikh tersebut tidak akan diproses kerana tempat adalah terhad. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang memilih Sekolah Islam Al Farabi!

LATARBELAKANG PROJEK PEMBINAAN
Pembinaan dan Pembangunan Sekolah Islam Al Farabi ini adalah salah satu keperluan mendesak iaitu untuk menaiktaraf dan pembesaran surau sediaada kepada bangunan surau baru 2 tingkat yang dianggarkan berjumlah RM 404,560.00 yang bertujuan menampung kapasiti pelajar yang semakin meningkat. Bagi perancangan jangka masa panjang SIAF akan membangunkan sebuah kompleks pendidikan yang lengkap dengan bangunan asrama putera/puteri, rumah guru, pejabat pentadbiran serta lain-lain kemudahan. Bantuan kewangan masih diharapkan dan sedang dirancang serta diusahakan dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF KEPERLUAN PEMBESARAN SURAU

FUNGSI, KEGIATAN DAN AKTIVITI SURAU

  • Pusat solat jamaah (Zohor) & kegiatan agama
  • Kelas mengaji dan fardhu ain (aktiviti berkala)
  • Program Amal Islami (aktiviti berkala)
  • Program Ceramah Perdana (aktiviti berkala)
  • Kelas Intensif Al Quran

 

Pihak Jawatankuasa Projek Pembinaan Sekolah Islam Al Farabi amat mengharapkan sumbangan dan sokongan orang ramai, syarikat dan badan korporat bagi membiayai dan meningkatkan pembangunan dan fasiliti sekolah ini. Semoga sumbangan yang diberikan dan aktiviti yang akan dijalankan mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam di atas nama akaun :

Pembinaan Dan Pembangunan Sekolah Islam Al Farabi

( 12-010-01-005611-1 )

 

 

TOP