Capture 6

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Pada 21hb April 2018 yang lepas, Sekolah Islam Al Farabi telah menganjurkan Hari Sukan Safar bagi tahun 2018.

Syukur ke hadratNya segala yang dirancang dipermudahkan.
Terima kasih kami ucapkan kepada ALP, PIBG, Pentadbiran Sekolah, Para Asatizah, Ibubapa dan para pelajar sekalian atas kesudian hadir bagi memeriahkan lagi program tahunan ini.

Atas segala kekurangan dan kelemahan pihak sekolah mengucapkan ribuan kemaafan.
InsyaAllah segalanya kami akan perbaiki pada masa yang akan datang.

TERIMA KASIH SEMUA

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Assalamualaikum
Makluman buat Ibubapa/Penjaga murid yang bakal mendaftar Tahun 1 Sesi 2019.

Permohonan online telah ditutup kerana telah memenuhi quota online.

Jika Ibubapa/Penjaga yang berminat tetapi masih belum mendaftar lagi, boleh datang ke Pejabat Sekolah Islam Al Farabi untuk mengambil borang permohonan.

Ibubapa/Penjaga diminta untuk mengambil borang permohonan awal untuk mengelakkan kehabisan borang.

Untuk makluman juga, Pengambilan Murid Tahun 1 Sesi 2019 adalah terhad dan ada perubahan dari segi pengambilan.

Segala kerjasama dari pihak yang berkenaan adalah didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Jazakumullahu Khairan Katsiraa.

image

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Untuk Makluman, Sekolah Islam Al Farabi telah didaftarkan oleh Lembaga Zakat Selangor sebagai Penolong Amil Institut Pendidikan Islam Swasta.

Kami mengalu-alukan sebarang jenis pembayaran zakat daripada pihak tuan/puan. Semua pembayaran hanya boleh dibayar di pejabat Sekolah Islam Al Farabi dan didalam waktu pejabat sahaja (8.00 Pagi - 4.30 Petang).

Sebarang pertanyaan dan keraguan boleh menghubungi ditalian;

03 3372 4560 (Pej. Sekolah)
013 331 8446 (En. Mus'ab) 
013 744 5593 (Ust. Yazid)
019 368 1464 (Hj. Daud)

Mereka adalah penolong amil zakat yang telah didaftarkan oleh Lembaga Zakat Selangor.
Sekian.

Jazakumullahu Khairan Katsiraa.

Capture

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Pada Sabtu 17hb Mac dan 18hb Mac yang lalu, Sekolah Menengah Islam Al Farabi telah melaksanakan program Kem Remaja Soleh Menengah Bawah yang berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Pada hari sabtu, program dijalankan di Sekolah Menengah Islam Al Farabi. Pada hari ahad pula, program diadakan di Bukit Botak, Puncak Alam.

Terima kasih kepada para asatizah yang terlibat.

Capture.4

Assalamualaikum.
Sekolah Menengah Islam Al Farabi telah dijemput menyertai beberapa pertandingan yang diadakan di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun bersempena Mahrajan Thaqafi 7.

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua peserta atas usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam masa yang agak singkat dan jadual yang padat. Berkat usaha dan tunjuk ajar guru penyelia masing-masing, Sekolah Menengah Islam Al Farabi berjaya mendapat tempat dalam semua acara kecuali Syarahan Bahasa Inggeris yang tidak berjaya mendapat tempat dalam 3 tertinggi.

Berikut adalah keputusan pertandingan bagi acara-acara yang telah disertai.
1) Bola Jaring - Naib Johan
2) Futsal - Tempat Ketiga
3) Syarahan BM - Johan
4) Syarahan B.Arab - Johan
5) Nasyeed - Tempat Ketiga
6) Syarahan BI - Penyertaan Sahaja

Semoga pelajar dapat menggunakan pengalaman ini untuk kebaikan masa hadapan kerana banyak faedah dan manfaat dari program ini yang pelajar boleh gunakan dalm membina personaliti yang berkarisma dan berdisiplin.

Semoga anak didik Al Farabi menjadi anak yang soleh dan solehah serta dapat menjadi ummah yang bermanfaat buat yang lain.

TOP