44994323adbp

 

 

PERKARA : PROGRAM QIAM PERDANA 2016
TARIKH : 21-22 JUN 2016 = 16-17 RAMADHAN 1437 HIJRAH
TEMPAT : MASJID NURUL AMIN, KG DELEK.

Assalamualaikum.

Pada hari SELASA dan RABU (16 hingga 17 RAMADHAN1437 Hijrah bersamaan 21 hingga 22 Jun 2016), Sekolah Al farabi telah menganjurkan program Qiam Perdana di Masjid Nurul Amin.

Dengan segala hormatnya kepada Ibu Bapa,ALP, dan Pihak Pentadbiran sekolah yang berkelapangan, Tuan/Puan dijemput untuk bersama dengan para pelajar Al Farabi Qiammullail di Masjid Nurul Amin, Kg Delek.

 

PERKARA : SAMBUTAN HARI GURU 
TARIKH : 21 MEI 2016 = 14 SYA’BAN 1437 HIJRAH
TEMPAT : ALIYA HOTEL, KLANG

Assalamualaikum. 


Pada hari Sabtu (21 Mei 2016 bersamaan 14 Sya’ban 1437 Hijrah), telah diadakan majlis sambutan hari guru di Hotel Aliya, Klang, Selangor.

Program ini dianjurkan oleh Ahli Lembaga Pengurus dan PIBG Sekolah Islam Al Farabi untuk meraikan para guru dan pendidik di Al Farabi. Majlis dirasmikan oleh Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat).

Antara saf VVIP yang hadir ialah :

1- Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat)

2- Ustazah Hajah Wan Hasrina Binti Wan Hassan (Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor)

3- Y.B Pn Dr Hajah Halimah Ali (N45 Selat Klang) 

4- Ustaz Ir Haji Mohd Prasad B. Haji Hanif, (Ahli Majlis Zon N45A Selat Klang)

5- KAPT.(B) Encik Mohamad Baseri Bin Mohd Taib (Ahli Majlis Zon N45B Selat Klang).

 

 

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

 

PERKARA : MUKHAYYAM 2016
TARIKH : 1-2 JUN 2016 = 25-26 SYA’BAN 1437 HIJRAH
TEMPAT : ASIACAMP AMPANG PECAH, KUALA KUBU BARU

Assalamualaikum.

Pada hari Rabu dan Khamis (25 hingga 26 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 1 hingga 2 Jun 2016), telah diadakan Mukhayyam bertempat di AsiaCamp Ampang, Pecah Kuala Kubu Bharu. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam

Jumlah peserta seramai 103 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 3,4 dan 5 serta 13 orang guru pengiring.

Tema Mukhayyam pada kali ini ialah Remaja Muslim Awesome. Mukhayyam ini bertujuan untuk menambah baik jati diri para pelajar, bersahsiah dan berakhlak mengikut cara Islam yang sebenar.

Antara aktiviti Mukhayyam ini ialah :

- Latihan dalam kumpulan
- Merentasi halangan seakan PLKN.
- Water confidence
- Persembahan kumpulan
- Muhasabah diri

 

 

PERKARA : MAJLIS TAHLIL ARWAH PERDANA 
TARIKH : 20 MEI 2016 = 13 SYA’BAN 1437 HIJRAH
TEMPAT : SURAU HADIQATUL JANNAH SEKOLAH RENDAH ISLAM AL FARABI

Assalamualaikum :)

Pada hari Jumaat (20 Mei 2016 bersamaan 13 Sya’ban 1437 Hijrah), pihak PIBG telah menganjurkan Majlis Tahlil Arwah Perdana dan Doa Selamat.

Majlis berlansung di Surau Hadiqatul Jannah Sekolah Rendah Islam Al Farabi. Program bermula dengan Solat Maghrib berjamaah sehingga jam 9.30 malam.

PERKARA : PROGRAME COMMUNITY SERVICE DEPARTMENT OF QUANTITATIVE STUDIES CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES, IIUM (CFSIIUM)
TARIKH : 30 MEI 2016 = 23 SYA’BAN 1437 HIJRAH
TEMPAT : SEKOLAH RENDAH ISLAM AL FARABI

 

Assalamualaikum.


Pada hari  Isnin (30 Mei 2016 bersamaan 23 Sya’ban 1437 Hijrah), Sekolah Rendah Islam Al Farabi telah menerima kunjungan  daripada Community Service Department of Quantitative Studies Centre for Foundation Studies , IIUm (CFSIIUM).

Tujuan kunjungan mereka adalah kerana ingin memberi sumbangan prasarana dan tenaga kerja bagi kecerian dan kemudahan pembelajaran Sekolah Rendah Islam Al Farabi Klang.

Diantara sumbangan mereka adalah :

1- Tikar getah

2- Projecter LCD

3- Kerusi

4- Rak  kasut

5- Selipar untuk mengambil wuduk

6- Projection Screen

7- Penyapu

8- Penyodok

9- Mop

10- Lampu

 

Jutaan  ucapan terima kasih dari pihak Sekolah Islam Al Farabi kerana sudi meluangkan masa satu hari suntuk  mencurahkan sepenuh tenaga untuk menceriakan sekolah kami. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Kami mendoakan agar kalian semua murah rezeki dan sentiasa didalam, naungan rahmatNYA. 

Semoga dengan niat tulus ikhlas dari mereka, Sekolah Islam Al Farabi akan mencapai visi & misi yang telah ditetapkan.

TOP