snipping tahsin

 

Alhamdulillah.
Pada hari ini Sekolah Menengah Islam Al Farabi menerima kedatangan pelajar-pelajar dari USIM DQ untuk melangsungkan Program Tahsin Al Fatihah.

Dimana program ini melibatkan semua tingkatan.
Moga dengan kedatangan mereka dapat memberi serba sedikit tunjuk ajar kepada pelajar - pelajar Sekolah Menengah Islam Al Farabi terutamanya dalam penguasaan surah Al Fatihah.

Surah Al Fatihah yang merupakan rukun solat yang ke 4. Jika salah bacaannya didalam solat maka tidak sah lah solat tersebut. Sekadar sedikit selingan.

 

 

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk Majlis sambutan Hari Guru 2017 peringkat sekolah pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
“GURU PEMBINA BANGSA NEGARA”

Firman Allah S.W.T

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ
أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ)
[Surat Al-Mujadalah 11]

Mafhumnya:

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Kedatangan tanggal 16 Mei mengajak kita sama sama mengenang sejenak jasa jasa mereka yang disebut Pahlawan Tanpa Tanda Jasa iaitu para guru.

Sekali menjadi guru selamanya guru. Panggilan istimewa 'Cikgu' akan melekat di hati dan sampai ke mati. Ini adalah kerana guru adalah murabbi yang menjadi pembimbing manusia dalam kehidupan. Mereka mengajar dan mengenalkan kita erti setiap sesuatu yang kita tidak tahu. Menjadi penyuluh yang menerangi jalan kegelapan.
Sudah tentu kedudukan mereka sangat mulia dan dihormati lantaran apa yang mereka berikan kepada anak muridnya tidak pernah mereka menagih ganjaran atau balasan. Namun disisi Allah selama mana ilmu yang diberikan itu mengalir manfaat dan kebaikannya, maka ganjaran besar menanti kalian di akhirat sana.

KAMI WARGA AL FARABI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU TERUTAMANYA GURU AL FARABI.
SEKALI LAGI.

SELAMAT HARI GURU.!!!!

RAYA

 

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat ilahi.. dengan limpah inayahNya, kami telah berjaya melangsungkan Program Jamuan Hari Peringkat Sriif dan Smif pada beberapa hari yang lalu.

Terima Kasih kepada seluruh kepimpinan ALP,Staff,PiBG dan guru-guru serta pelajar pelajar kerana memberikan komitmen pada program ini.

Moga Allah merahmati kita semua.
Sekian

 

 

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur di hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya Sekolah Islam Al Farabi telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Agong PiBG 2017 dengan kerjasama guru-guru dan ibubapa.

Program berlangsung pada 6/5/2017 dari jam 8 pagi sehingga jam 2 petang.

Tahniah kami ucapkan kepada AJK PIBG yang baru dilantik,
Semoga amanah yang diberikan.. dilaksana dengan seikhlas hati. 
InshaAllah.

ASSALAMUALAIKUM

*PERHATIAN KEPADA SEMUA*

Setakat ini..

Pihak Sekolah Islam Al Farabi hanya menerima Pengisian Borang Permohonan Kemasukan ONLINE untuk DARJAH 1 SAHAJA.

Untuk permohonan kemasukan SEMUA DARJAH selain Darjah 1, boleh datang ke Pejabat Sekolah Islam Al Farabi untuk maklumat lanjut.

Kepada yang telah hantar borang byhand @ hardcopy kepada pejabat.. tidak perlu untuk isi online

Permohonan Kemasukan Bagi Sekolah Menengah Islam Al Farabi akan dibuka pada bulan Disember 2017 bagi kemasukan 2018.

Sekian.
Please Be Informed.

TOP