14202627 1098721240217859 7085201618274078148 n

 

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Pada 1/9/2016 dan 2/9/2016. Pihak Sekolah Menengah Islam Al Farabi mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 yang bertemakan Sehati Sejiwa. 
Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Sekolah Menengah Islam Al Farabi merupakan acara tahunan yg diadakan untuk menaikkan semangat patriotik dikalangan pelajar.
Beberapa aktiviti telah dirancang, antaranya;
A) Persiapan akhir kelas merdeka
B) Permarkahan kelas merdeka
C) Pertandingan mendeklamasi sajak
D) Menghias kek
E) Mumia Malaysia
F) Kerusi muzik merdeka
G) Perarakan motosikal dan basikal
Dan pelbagai lagi

Semua guru dan pelajar terlibat bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan ini. Terima kasih diucapkan pada mereka yg terlibat dan yg mengambil bahagian.
Sekian Terima Kasih.

Capture2017

Assalammualaikum, makluman kepada ibu bapa/penjaga, pendaftaran untuk kemasukkan murid ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2017 Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi telah ditutup berkuatkuasa pada 24.08.2016 / 12.00pm.

Sebarang permohonan melalui online @ borang selepas tarikh tersebut tidak akan diproses kerana tempat adalah terhad. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang memilih Sekolah Islam Al Farabi!

14233167 1098717543551562 8852634848546562860 n

 

 

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Pada 1/9/2016 hari Khamis 11.00 hingga 12:00 tengah hari.Sekolah Islam Al Farabi telah mendapat lawatan Pogram “Pertandingan Kampung Tradisi” . Quranic Botanical Garden telah menjadi salah satu tempat lawatan tersebut.

Antara Ahli Panel yang terlibat ialah MPK,Pejabat Daerah,JAIS,Jabatan Pertanian dan JKKK Kg Delek.
Kami bagi Pihak Sekolah Islam Al Farabi mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat tapak Quranic Botanical Garden.

Sekian Terima Kasih.

 

 

14080086 1091427547613895 3088216821172765441 n

 

PERKARA :UJI BAKAT PENDAKWAH CILIK 
TARIKH : 23 OGOS 2016
TEMPAT : SEKOLAH RENDAH INTEGRASI ISLAM AL FARABI
MASA : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG.

ASSALAMUALAIKUM
Pada 23 ogos 2016 pihak sekolah telah menerima kunjungan kru-kru dari stesen tv saluran 113 Salam HD untuk melangsungkan sesi uji bakat pendakwah cilik. Seramai 65 orang murid telah menyertai sesi Uji Bakat ini. Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang.Terima kasih kepada pihak yang berkenaan atas kelangsungan program ini.

14211938 1098713990218584 8458521506900634605 n

 

Pada 30/8/2016 hari selasa 7:00 hingga 10:30 malam . Pihak Sekolah Islam Al farabi dengan kerjasama Ahli Lembaga Pengurus SIAF telah mengadakan Program Solat Hajat Dan Bacaan Yassin di Surau Hadiqotul Jannah, Sekolah Rendah Islam Intergrasi Al Farabi. Semua guru, kakitangan dan juga murid telah terlibat bagi melangsungkan program ini.Sehubungan itu, Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada yg hadir bagi memeriahkan program ini. Sekian terima kasih.

TOP