15230545 1181171728639476 6670446589174954421 n

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Pada 25-27/11/2016 ,Pihak Sekolah Islam Al Farabi telah melibatkan jentera Unit Dana SIAF untuk membuka jualan (booth) di SACC bersempena Karnival Pendidikan Smart Selangor. Karnival ini berlansung selama 3 hari. Seluruh jentera Unit Dana SIAF telah memberikan masa dan komitmen bagi melaksanakan jualan ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yg telah membeli produk jualan kami.
Semoga pembelian sambil beramal ini mendapat Keredhaan Allah Azza Wa Jalla.
Syukran.

 

15192509 1172243739532275 1142406987487453990 n

PERKARA :LAWATAN KE KOMTAQ
TARIKH : 20/11/2016
TEMPAT : KOMTAQ KERDAU

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Pihak Sekolah Islam Al Farabi telah membuat lawatan ke KOMTAQ Kerdau Pahang bersama beberapa orang ALP serta guru, staff dan PIBG.

Harap dengan lawatan ini dapat menyuntik semangat kami untuk menjadikan Sekolah kami sebagai Sebuah Kolej Pendidikan Islam Yang Terunggul Di Selangor Menjelang 2025.

 

15241263 1181069195316396 2482381394793887002 n

PERKARA : MAJLIS IHTIFAL 2016
TARIKH : 26/11/2016
TEMPAT : DEWAN PUTRA KG DELEK KANAN
ASSALAMUALAIKUM WBT.
Pada 26/11/16 Sekolah Islam Al Farabi telah mengadakan majlis ihtifal sekolah yang bertempat di dewan putra. Seluruh warga Al Farabi, ALP ,dan YDP PIBG terlibat. 
Tidak lupa juga terima kasih kepada YB Dr. Hjh Halimah Ali dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Latif Ibrahim kerana sudi hadir.
Kami warga Al Farabi mengucapkan sekalung tahniah kepada Seluruh Pelajar Tingkatan 5 yang telah menamatkan sesi persekolahanya.
Moga Berjaya Pada Masa Yang Akan Datang.
Sekian Terima Kasih.

15027611 1165878360168813 7078070564247302688 n

ASSALAMUALAIKUM
Pihak Sekolah Islam Al Farabi bercadang untuk membina sebuah bangunan kompleks 4 tingkat. Dalam pelan perancangan pembangunan Sekolah Islam Al Farabi, suntikan dana amat diperlukan bagi membiayai projek yang akan dijalankan ini. Kekangan yang utama dihadapi ialah masalah kewangan. Projek ini memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jadi, pihak sekolah sedaya upaya mencari dan mengumpul dana, agar dengan adanya sebuah bangunan kompleks ini dapatlah kita bersama-sama menjadikan ianya sebagai Sebuah Kolej Pendidikan Islam Yang Terunggul Di Selangor Pada Tahun 2025.

 

15135871 1172271242862858 2667011612112804139 n

PERKARA :LAWATAN TADIKA CERIA AZ ZAHRA KE FARABI
TARIKH : 23/11/2016

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Sekolah Islam Al Farabi telah menerima jemputan daripada Tadika Ceria Az Zahra. Seramai 10 orang murid dan 4 orang guru terlibat.

Kami harap dengan lawatan ini, dapatlah menyuntik semangat anak-anak kita untuk menyambung ke darjah 1 di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi.

TOP