PERKARA : LAWATAN CSR COMMUNITY UIA
TARIKH : 17 MEI 2016 = 10 SYA’BAN 1437 HIJRAH
TEMPAT : SEKOLAH RENDAH ISLAM AL FARABI

Assalamualaikum.
Pada hari Selasa (17 Mei 2016 bersamaan 10 Sya’ban 1437 Hijrah), Sekolah Rendah Islam Al Farabi telah menerima kunjungan daripada CSR COMMUNITY UIA. Lawatan tersebut di wakili oleh Puan Rohana bersama 3 orang kakitangannya.

Lawatan ini bertujuan untuk membantu sekolah dari sudut :
- Khidmat masyarakat.
- Prasarana.
- Dana.
- Peralatan Pembelajaran.

Ribuan ucapan terima kasih dari pihak Sekolah Islam Al Farabi kerana sudi meluangkan masa melawat ke sekolah kami. Semoga dengan niat tulus ikhlas dari mereka, Sekolah Islam Al Farabi akan mencapai visi & misi yang telah ditetapkan.

 

PERKARA : LAWATAN KE HOMESTAY HJ DORANI 
TARIKH : 29-30 APRIL 2016 = 21-22 REJAB 1437 HIJRAH
TEMPAT : HOMESTAY HJ DORANI, SG BESAR, SELANGOR

Assalamualaikum.
Pada hari Jumaat dan Sabtu (21 hingga 22 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 29 hingga 30 April 2016), telah diadakan lawatan ke Homestay Hj Dorani Sg Besar. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Jumlah peserta seramai 80 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring. Para pelajar berkumpul di perkarangan sekolah dan bertolak ke Sg Besar pada 29 April pukul 3.00 petang dan pulang ke sekolah pada 30 April pukul 8.00 malam.

Objektif program ni adalah untuk :

1) Mendekatkan para pelajar dengan alam semulajadi serta berasa takjub dengan kebesaran ciptaan Allah Taala.

2) Menghayati dan menyelami kehidupan masyarakat Melayu tradisional serta menikmati pemandangan kehijauan sawah padi.

3) Mendedahkan para pelajar dengan akriviti pembelajaran di luar kelas.

4) Untuk merapatkan ukhuwwah diantara para pelajar dan guru.

 

 

PERKARA : PROGRAM SMARTSTUDY MEMORY SKILL 
TARIKH : 17 MEI 2016 = 10 SYA’BAN 1437 HIJRAH
TEMPAT : SURAU HADIQATUL JANNAH SEKOLAH RENDAH ISLAM AL FARABI

Assalamualaikum. 

Pada hari Selasa (17 Mei 2016 bersamaan 10 Sya’ban 1437 Hijrah), telah diadakan Program SmartStudy Memory Skill di Surau Hadiqatul Jannah Sekolah Rendah Islam Al farabi.

Program disampaikan oleh Encik Osman Affan, Perunding Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy. Jumlah peserta seramai 200 orang pelajar dikalangan pelajar sekolah menengah.

Program bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

 

Pada pukul 11 pagi hari Isnin, 25 April 2016 bersamaan 17 Rejab 1437 Hijrah, telah berlangsungnya Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” di seluruh negara. Semua individu, pejabat, dan komuniti adalah dipohon untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk MEMBACA apa jua bahan bacaan selama 10 MINIT.

Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 MINIT. Aktiviti selama 10 minit ini kita lakukan sebagai tanda ILTIZAM(KOMITMEN) terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Justeru itu, warga Sekolah Islam Al- Farabi juga tidak ketinggalan untuk bersama- sama turut serta dalam aktiviti selama 10 minit tersebut.

[Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam(PPAS) Perpustakaan Raja Tun Uda, Mastura Muhamad menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk menyemai budaya membaca di kalangan masyarakat. Dengan wujudnya budaya ini, kita, rakyat Malaysia akan;

1) dapat membentuk hati, emosi, sahsiah, pemikiran, dan perwatakan kita yang baik.

2) lebih berilmu dan dapat menggilap kemahiran yang kita miliki.

3) semakin banyak bahan bacaan(artikel, buku, majalah, suratkhabar, dan sebagainya) bermutu yang kita baca, semakin banyak manfaat yang kita dapat.]¹

                Adalah diharapkan dengan permulaan yang baik ini, akan membuatkan kita istiqomah(berterusan) dalam meneruskan aktiviti ini selepas ini pada setiap hari, seterusnya dapat mengamalkan apa- apa yang bermanfaat yang kita dapati daripada hasil pembacaan kita. Amin.

 

 

 

¹Sumber petikan daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/jom-baca-bersama-untuk-10-minit-1.511873#

 

 

 

PERKARA : SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 
TARIKH : 16 MEI 2016 = 9 SYA’BAN 1437 HIJRAH
TEMPAT : SEKOLAH ISLAM AL FARABI
Assalamualaikum.

Pada hari Isnin (16 Mei 2016 bersamaan 9 Sya’ban 1437 Hijrah), telah diadakan Sambutan Hari Guru di Sekolah Islam Al Farabi Menengah dan Rendah.

Program berlangsung bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Semua murid serta para guru terlibat secara langsung di dalam program ni.

TOP