WhatsApp Image 2018-11-03 at 1.30.34 PM

Assalamualaikum.

Hari ini 1hb Dis 2018, kami pihak sekolah telah membuka kaunter untuk bayaran yuran pendaftaran bagi sesi 2019.
Bagi yg belum melunaskan baki yuran 2018, maka tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat bayaran pendaftaran yuran 2019.

Kami berharap agar pihak tuan/puan dapat membahagikan masa dengan sesuai bagi mengelakkan kesesakan dalam pejabat.

Pejabat Sekolah Islam Al Farabi terletak di Sekolah Menengah Islam Al Farabi seperti pada gambar yang tertera.

PROSEDUR MEMBAYAR YURAN DAN PEMBELIAN BARANGAN KOPERASI

1. SILA PASTIKAN YURAN TAHUN 2018 DIJELASKAN SEBELUM BAYARAN YURAN PENDAFTARAN TAHUN 2019 DIBUAT.

2. SILA BUAT PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN 2019 SEBELUM MEMBELI BUKU DAN BAJU DI KOPERASI. SEKIRANNYA SUDAH MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN 2019, SILA TUNJUKKAN KAD PEMBAYARAN ATAU SLIP PEMBAYARAN DI KAUNTER KOPERASI.

3. BERIKUTAN KEADAAN PEJABAT KAMI YANG AGAK KECIL & SEMPIT, HANYA PEMBAYAR YURAN SAHAJA DIBENARKAN MASUK UNTUK BERURUSAN. YANG TIDAK BERKENAAN DILARANG MASUK.

4. HANYA 5 ORANG PEMBAYAR YURAN SAHAJA DIBENARKAN BERADA DIDALAM PEJABAT DALAM 
SATU-SATU MASA.

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZAK.

PENTADBIRAN SIAF

WhatsApp Image 2018-09-28 at 9.27.04 AM

Assalamualaikum.
Selesai program mohon restu SMIF 2018.

Terima kasih kepada Pengerusi ALP dan wakil pibg bagi menghadirkan diri.

Capture

Alhamdulillah

Seorang pelajar Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi menjadi pelajar terbaik PSRA Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018.

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN : PELEPASAN AWAL BAGI MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DAN PRA TAHFIZ PADA MINGGU PEPERIKSAAN UPKK DAN PSRA 2018.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2.             Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan sekolah akan memberi pelepasan awal kepada semua murid Sekolah Rendah dan Pra Tahfiz pada minggu peperiksaan UPKK dan PSRA 2018.

3.             Berikut adalah ketetapan hari dan masa yang telah ditetapkan:

PEPERIKSAAN

TARIKH

WAKTU PERSEKOLAHAN

UPKK

01hb – 04hb OKT 2018

 ISNIN - KHAMIS

TAHUN 1 & TAHUN 2

7.30 am - 1.30 ptg

TAHUN 3,4 & 5

7.30 am - 1.45 ptg

PSRA

08hb – 11hb OKT 2018

ISNIN – KHAMIS

TAHUN 1 & TAHUN 2

7.30 am - 1.30 ptg

TAHUN 3,4 & 6

7.30 am - 1.45 ptg

4.             Jadual Waktu Kelas Pra Tahfiz :

PEPERIKSAAN

TARIKH

WAKTU BELAJAR

UPKK

01hb – 04hb OKT 2018

ISNIN - KHAMIS

2.00 ptg – 4.30 ptg

PSRA

08hb – 11hb OKT 2018

ISNIN – KHAMIS

5.             Sehubungan dengan itu, Kami juga berharap tuan/puan dapat mengambil anak-anak awal daripada waktu biasa bagi melancarkan sesi peperiksaan UPKK dan PSRA yang akan dijalankan. kami memohon agar tuan/puan dapat mengambil anak-anak Pra Tahfiz di bangunan Blok B dan parkir kenderaan di padang sekolah..

7.             Sebarang pertanyaan, boleh hubungi bahagian Pentadbiran Sekolah di talian 03-33724560                   atau 03-33814560

Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Assalamualaikum.
ALERT ALERT ALERT
UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN

Berikutan laporan yang Pihak Sekolah terima.

Didapati ada NGO, Kumpulan, Agensi atau individu yang tidak bertanggungjawab mengutip derma dengan menggunakan nama Sekolah Islam Al Farabi.

Pihak Sekolah Islam Al Farabi setakat ini tidak melepaskan & membenarkan mana-mana NGO, Kumpulan, Agensi atau pun mana-mana individu untuk mengutip derma sama ada dengan cara menjual atau meminta sumbangan ikhlas kepada umum.

Kami Pihak Sekolah Islam Al Farabi telah pun menyediakan unit khas untuk mengutip dana yang telah berdaftar dengan sekolah.

Jika mereka yang mengutip derma menggunakan nama sekolah Islam Al Farabi, sila pastikan mereka benar dari Sekolah Islam Al Farabi dengan memastikan mereka merupakan Salah Seorang Kakitangan Sekolah Islam Al Farabi, atau mengemukakan Surat Kuasa Yang Sah, atau “Bussiness Card”.

Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh menghubungi pengurusan sekolah di

Pejabat Sekolah Islam Al Farabi
03-3372 4560

Pegawai Kutipan Dana Khas
Ustaz Fadzil Masrum
016-655 1273

Ustazah Sharimah Ashaari
019-366 6748

Mohon viralkan bagi Mengelak dari sebarang penipuan dan salah guna kuasa.
Terima Kasih.

TOP