WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG RAMADHAN

Ibu Bapa/ Penjaga,
Murid / Pelajar,
Sekolah Islam Al-Farabi, 27 Sya’aban 1440h
Kampung Delek, Klang 03 Mei 2019

Assalamualaikum wbt.
Tuan/ Puan,

CUTI AWAL RAMADHAN 1440H ,
WAKTU PERSEKOLAHAN & PEJABAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN & TARIKH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Bulan Ramadhan 1440h, Sekolah Islam Al-Farabi Klang telah mengambil ketetapan seperti berikut :-

2.1 Sekolah akan bercuti pada 1 Ramadhan 1440h (Isnin 06 Mei 2019) dan sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa 07 Mei 2019.

2.2 Waktu Persekolahan & Waktu Pejabat Sepanjang Bulan Ramadhan:

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi & Sekolah Menengah Islam Al Farabi Isnin - Khamis:
7.30 Pagi – 3.00 Petang
Jumaat:
7.30 Pagi – 12.00 Tengahari
Pra Tahfiz Al Farabi Isnin – Khamis:
3.15 Petang – 5.30 Petang
Waktu Pejabat Beroperasi Isnin – Khamis:
8.00 Pagi – 3.45 Petang
Jumaat:
8.00 Pagi – 12.30 Tengahari
2.30 Petang – 3.45 Petang
Sabtu (Minggu Pertama & Keempat):
8.00 Pagi – 12.00 Tengahari

2.3 Dimaklumkan juga tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah adalah seperti berikut.

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi Bermula Pada:
16 Mei 2019 – 23 Mei 2019
Sekolah Menengah Islam Al Farabi Bermula Pada:
Tingkatan 4 – 07 Mei – 24 Mei 2019
Tingkatan 5 – 08 Mei – 24 Mei 2019
Tingkatan 1,2 & 3 – 15 Mei – 24 Mei 2019

3. Sehubungan dengan itu, diharap makluman diatas adalah jelas bagi memudahkan tuan/puan menguruskan waktu pulang anak-anak jagaan tuan/puan.

4. Kerjasama tuan/ puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1440H “

“MEMBENTUK GENERASI MUSLIM GEMILANG”

#sriif
#smif
#ptaf
#mtaf
#mataf
#siaf
#sekolahislamalfarabi 
#taskajunioralfarabi

TOP