PENDAFTARAN SESI 2019

WhatsApp Image 2018-11-03 at 1.30.34 PM

Assalamualaikum.

Hari ini 1hb Dis 2018, kami pihak sekolah telah membuka kaunter untuk bayaran yuran pendaftaran bagi sesi 2019.
Bagi yg belum melunaskan baki yuran 2018, maka tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat bayaran pendaftaran yuran 2019.

Kami berharap agar pihak tuan/puan dapat membahagikan masa dengan sesuai bagi mengelakkan kesesakan dalam pejabat.

Pejabat Sekolah Islam Al Farabi terletak di Sekolah Menengah Islam Al Farabi seperti pada gambar yang tertera.

PROSEDUR MEMBAYAR YURAN DAN PEMBELIAN BARANGAN KOPERASI

1. SILA PASTIKAN YURAN TAHUN 2018 DIJELASKAN SEBELUM BAYARAN YURAN PENDAFTARAN TAHUN 2019 DIBUAT.

2. SILA BUAT PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN 2019 SEBELUM MEMBELI BUKU DAN BAJU DI KOPERASI. SEKIRANNYA SUDAH MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN 2019, SILA TUNJUKKAN KAD PEMBAYARAN ATAU SLIP PEMBAYARAN DI KAUNTER KOPERASI.

3. BERIKUTAN KEADAAN PEJABAT KAMI YANG AGAK KECIL & SEMPIT, HANYA PEMBAYAR YURAN SAHAJA DIBENARKAN MASUK UNTUK BERURUSAN. YANG TIDAK BERKENAAN DILARANG MASUK.

4. HANYA 5 ORANG PEMBAYAR YURAN SAHAJA DIBENARKAN BERADA DIDALAM PEJABAT DALAM 
SATU-SATU MASA.

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZAK.

PENTADBIRAN SIAF

TOP