MAKLUMAN PENIPUAN KUTIPAN DANA SUMBANGAN

Assalamualaikum.
ALERT ALERT ALERT
UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN

Berikutan laporan yang Pihak Sekolah terima.

Didapati ada NGO, Kumpulan, Agensi atau individu yang tidak bertanggungjawab mengutip derma dengan menggunakan nama Sekolah Islam Al Farabi.

Pihak Sekolah Islam Al Farabi setakat ini tidak melepaskan & membenarkan mana-mana NGO, Kumpulan, Agensi atau pun mana-mana individu untuk mengutip derma sama ada dengan cara menjual atau meminta sumbangan ikhlas kepada umum.

Kami Pihak Sekolah Islam Al Farabi telah pun menyediakan unit khas untuk mengutip dana yang telah berdaftar dengan sekolah.

Jika mereka yang mengutip derma menggunakan nama sekolah Islam Al Farabi, sila pastikan mereka benar dari Sekolah Islam Al Farabi dengan memastikan mereka merupakan Salah Seorang Kakitangan Sekolah Islam Al Farabi, atau mengemukakan Surat Kuasa Yang Sah, atau “Bussiness Card”.

Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh menghubungi pengurusan sekolah di

Pejabat Sekolah Islam Al Farabi
03-3372 4560

Pegawai Kutipan Dana Khas
Ustaz Fadzil Masrum
016-655 1273

Ustazah Sharimah Ashaari
019-366 6748

Mohon viralkan bagi Mengelak dari sebarang penipuan dan salah guna kuasa.
Terima Kasih.

TOP