CUTI AWAL RAMADHAN & WAKTU OPERASI SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum wbt.
Tuan/ Puan,
 
CUTI AWAL RAMADHAN 1439H ,
WAKTU PERSEKOLAHAN & PEJABAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN & TARIKH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Bulan Ramadhan 1439h, Sekolah Islam Al-Farabi Klang telah mengambil ketetapan seperti berikut :-
 
2.1 Sekolah akan bercuti pada 1 & 2 Ramadhan 1439H (Khamis, 17 & Jumaat, 18 Mei 2018) dan sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin 21 Mei 2018.
 
2.2 Waktu Persekolahan & Waktu Pejabat Sepanjang Bulan Ramadhan:
 
Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi & Sekolah Menengah Islam Al Farabi
Isnin - Khamis:
7.30 Pagi – 3.00 Petang
Jumaat:
7.30 Pagi – 12.00 Tengahari
 
Pra Tahfiz Al Farabi
Isnin – Khamis:
3.15 Petang – 5.30 Petang
 
Waktu Pejabat
Isnin – Khamis:
8.00 Pagi – 4.00 Petang
Jumaat:
8.00 Pagi – 12.30 Tengahari
3.00 Petang – 4.00 Petang
Sabtu (Minggu Pertama & Keempat):
8.00 Pagi – 12.00 Tengahari
 
2.3 Dimaklumkan juga tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah adalah seperti berikut.
 
Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi
Bermula Pada:
30 Mei 2018 – 6 Jun 2018
 
Sekolah Menengah Islam Al Farabi
Bermula Pada:
Tingkatan 4 & 5 – 23 Mei – 8 Jun 2018
Tingkatan 1,2 & 3 – 31 Mei – 8 Jun 2018
 
3. Sehubungan dengan itu, diharap makluman diatas adalah jelas bagi memudahkan tuan/puan menguruskan waktu pulang anak-anak jagaan tuan/puan.
 
4. Kerjasama tuan/ puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, harap maklum.
 
 
 
“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1439H “
“MEMBENTUK GENERASI MUSLIM GEMILANG”
 
 
TOP