MAHRAJAN THAQAFI 7

Capture.4

Assalamualaikum.
Sekolah Menengah Islam Al Farabi telah dijemput menyertai beberapa pertandingan yang diadakan di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun bersempena Mahrajan Thaqafi 7.

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua peserta atas usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam masa yang agak singkat dan jadual yang padat. Berkat usaha dan tunjuk ajar guru penyelia masing-masing, Sekolah Menengah Islam Al Farabi berjaya mendapat tempat dalam semua acara kecuali Syarahan Bahasa Inggeris yang tidak berjaya mendapat tempat dalam 3 tertinggi.

Berikut adalah keputusan pertandingan bagi acara-acara yang telah disertai.
1) Bola Jaring - Naib Johan
2) Futsal - Tempat Ketiga
3) Syarahan BM - Johan
4) Syarahan B.Arab - Johan
5) Nasyeed - Tempat Ketiga
6) Syarahan BI - Penyertaan Sahaja

Semoga pelajar dapat menggunakan pengalaman ini untuk kebaikan masa hadapan kerana banyak faedah dan manfaat dari program ini yang pelajar boleh gunakan dalm membina personaliti yang berkarisma dan berdisiplin.

Semoga anak didik Al Farabi menjadi anak yang soleh dan solehah serta dapat menjadi ummah yang bermanfaat buat yang lain.

TOP