PROGRAM KEIBUBAPAAN

Forum ini akan membincangkan tentang :
1. Kenapa perlu menghadapi peperiksaan?
2. Memahami peperiksaan dalam pendidikan anak-anak
2. Bagaimana membantu anak untuk peperiksaan?
3. Bagaimana memberi reaksi / respon kepada keputusan peperiksaan anak?

Latarbelakang Ahli Panel

Panel 1 : Prof. Madya Dr. Joharry b. Othman, Pensyarah Fakulti Pendidikan UIA
Beliau mempunyai kelulusan PhD dalam bidang Psikologi Pendidikan dengan pengkhususan dalam skop penilaian, ujian dan peperiksaan.
25 tahun pengalaman dalam dunia Pendidikan di pelbagai peringkat.
Pernah menjadi Guru Matematik di Sekolah Menengah Sains Johor (1983)
Terlibat dalam memberi khidmat nasihat kepada beberapa agensi kerajaan iaitu Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi melalui Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

Panel 2 : Pn. Noor Afidah bt. Abu Bakar, salah seorang pengasas Parent Connect Consultancy
Mempunyai kelulusan Master dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan fokus kajian :
▪Ibubapa sebagai pendidik utama kanak-kanak
▪Penerapan pemikiran kritis dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui penulisan, pembacaan dan perbincangan
▪Kerjasama antara ibubapa dan sekolah

Beliau juga adalah “Certified Positive Parenting Trainer” yang memberi penekanan kepada pembinaan perhubungan yang positif dengan anak-anak dalam membentuk keluarga yang saling hormat menghormati dan berkerjasama dengan berlandaskan nilai-nilai yang positif.
Ibu kepada 3 orang remaja

TOP